Kerajaan akan melaksanakan perkongsian 50 peratus hasil kutipan bagi cukai pelancongan yang diterima dengan Kerajaan Negeri, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini, Lim berkata langkah itu bertujuan membolehkan Kerajaan Negeri menerima hasil tambahan yang secara agregat dianggarkan berjumlah RM50 juta apabila aktiviti pelancongan dipergiat.
Menerusi belanjawan bertemakan "Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera", Lim berkata kerajaan juga akan menyediakan geran sepadan berjumlah RM100 juta kepada syarikat swasta untuk program promosi dan pemasaran pelancongan antarabangsa dalam usaha meningkatkan angka ketibaan pelancong.
"Industri pelancongan menyumbang sebanyak 14.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau RM201.4 bilion pada 2017. Kerajaan akan menitikberatkan sasaran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk membawa masuk 30 juta pelancong asing yang bakal menyumbang RM100 bilion kepada ekonomi negara pada 2020," katanya.
Dalam memastikan pelancongan kesihatan negara mendapat pengiktirafan negara luar, Lim berkata peruntukan sebanyak RM20 juta diberi kepada Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) untuk jalinan kerjasama dengan hospital swasta terkemuka.
Katanya, ia bertujuan menjenamakan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan terpilih dan meningkatkan kadar pertumbuhan sektor itu sebanyak 25 peratus tahun hadapan.
Bagi memperkasakan lagi sektor pelancongan negara, Lim berkata taraf Pulau Langkawi sebagai pulau bebas cukai akan diperkembang manakala Pulau Pangkor akan dijadikan sebagai pulau bebas cukai.
"Kerajaan akan memberi kemudahan bebas cukai kepada kedai bebas cukai di Pelabuhan Swettenham di Pulau Pinang bai menggalakkan lagi sektor pelancongan kapal persiaran," katanya.
Menerusi program pemuliharaan dan pembugaran bangunan Sultan Abdul Samad di ibu negara, Lim berkata Khazanah Nasional Bhd diberi tanggungjawab menerajui projek itu dengan kerjasama Think City dan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Selain itu, Lim berkata kerajaan akan memberi subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus untuk pinjaman Tabung Pelancongan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) RM500 juta yang disediakan SME Bank.
Langkah itu akan membantu pengusaha kraftangan dan inap desa untuk meluaskan perniagaan, kata Lim.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 02 2018
Industri pelancongan menyumbang sebanyak 14.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau RM201.4 bilion pada 2017. - Gambar hiasan
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Qatar, AS tekankan kepentingan kesatuan Syria
Qatar dan Amerika Syarikat menekankan kepentingan kesatuan Syria dan peralihan kuasa secara aman negara itu melalui proses politik inklusif yang berasaskan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Blinken bahas isu Syria dalam lawatan mengejut ke Iraq
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, melakukan lawatan mengejut ke Iraq pada Jumaat dan bertemu Perdana Menteri Mohammed Shia al-Sudani untuk membincangkan peralihan politik Syria.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Austria tawar 1,000 Euro kepada pelarian Syria
Kerajaan Austria menawarkan 1,000 euro kepada pelarian Syria untuk kembali ke negara mereka selepas kejatuhan kerajaan rejim Bashar al-Assad.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
35,000 rakyat Syria dilapor hilang selama 13 tahun konflik
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mendedahkan bahawa lebih 35,000 individu telah didaftarkan sebagai hilang sejak bermulanya konflik di Syria 13 tahun lalu.
Menerusi hantaran di X Ketua Delegasi ICRC di Syria, Stephan Sakalian, menggesa semua pihak di negara itu untuk memastikan rekod penting seperti log penangkapan, senarai tahanan, rekod kematian, serta dokumen mahkamah dan hospital tidak dimusnahkan.
Menerusi hantaran di X Ketua Delegasi ICRC di Syria, Stephan Sakalian, menggesa semua pihak di negara itu untuk memastikan rekod penting seperti log penangkapan, senarai tahanan, rekod kematian, serta dokumen mahkamah dan hospital tidak dimusnahkan.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
MAA dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, walaupun berlaku penurunan tahunan, jumlah keseluruhan industri (TIV) pada November adalah 3.3 peratus lebih tinggi berbanding 69,859 unit pada Oktober.
MAA dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, walaupun berlaku penurunan tahunan, jumlah keseluruhan industri (TIV) pada November adalah 3.3 peratus lebih tinggi berbanding 69,859 unit pada Oktober.
Pembantu Istana Buckingham ditahan bergaduh di parti Krismas
Seorang wanita berusia 24 tahun ditahan atas tuduhan melakukan serangan, kerosakan dan berkelakuan mabuk.
Poland miliki dron canggih dari Amerika bernilai AS$295 juta
Kerajaan Poland menandatangani kontrak pemilikan dron berteknologi tinggi bernilai $295 juta dolar dengan syarikat pembuatan dron General Atomics dari Amerika Syarikat pada Jumaat. Pembelian dron MQ-9B Sky Guardian itu sebahagian daripada usaha Poland merealisasikan impiannya untuk mewujudkan pasukan ketenteraan dronnya yang tersendiri.
Henti geran percuma usahawan bumiputera, satu langkah tidak produktif - Abdul Rahman
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, jika benar bantuan geran modal kepada syarikat bumiputera itu dihentikan, banyak di antara usahawan bumiputera yang akan menjadi mangsa.
Perbelanjaan kerajaan selari unjuran Bajet 2019
Perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan negara setakat pertengahan tahun ini adalah selari dengan unjuran Bajet 2019.
Bonus kedua kepada penjawat awam Perak dibayar 16 Mei ini
Bayaran berkenaan melibatkan bantuan khas kewangan kepada penjawat awam sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM2,000 seorang seperti diumumkan dalam Bajet 2019 Negeri Perak, November lalu.
Bajet 2019: DBKL peruntuk RM2.896 bilion untuk memenuhi aspirasi warga kota
Anggaran hasil 2019 dijangka menurun kepada RM2.465 bilion berbanding RM 2.667 bilion dalam tahun 2018 iaitu penurunan sebanyak 7.5 peratus.
Rebat bil elektrik RM40 kepada 185,000 miskin tegar tahun hadapan
Program Rebat Bil Elektrik RM40 ini merupakan program bantuan kerajaan secara bersasar khusus kepada keluarga miskin tegar dan miskin yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih.
Belanjawan 2019 diluluskan Dewan Rakyat
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengumumkan keputusan itu pada kira-kira 10.20 malam tadi.
RM98 juta peruntukan Belanjawan 2019 Kementerian Pertahanan untuk veteran
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata peruntukan itu meningkat sebanyak RM20 juta berbanding RM78 juta yang diperuntukan kerajaan sebelum ini.
MPM bimbang jurang kekayaan semakin melebar
Datuk Akbar Ali berkata Belanjawan 2019 tidak menangani secara jelas bahagian pertama Tonggak II rancangan pembangunan lima tahun itu.
Cukai 5% terhadap semua aktiviti petroleum di Sarawak
Sarawak akan melaksanakan cukai jualan 5% terhadap segala aktiviti petroleum di negeri berkenaan berkuat kuasa 1 Januari depan.
Sistem baharu mampu selesaikan lambakan rumah tidak terjual - Tun Mahathir
Sistem baharu melalui platform property crowdfunding akan memberi penyelesaian kepada isu lambakan rumah tidak terjual dan memastikan orang ramai mampu memiliki kediaman sendiri.