ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 23 September 2026.
Awang Solahuddin tarik semula kenyataan fitnah terhadap PM Anwar
Kes itu telah diselesaikan dengan persetujuan pihak-pihak terhadap terma yang dipersetujui.
Van KKM bawa pelatih terbabit kemalangan, sembilan cedera
Siasatan awal mendapati kenderaan yang membawa pelatih itu dalam arah perjalanan dari Tanjung Rambutan ke Klinik Kesihatan Buntong untuk menjalani latihan praktikal.
Barisan Nasional (BN) dijangka mampu mengekalkan penguasaan dalam pilihan raya kali ini.
Permohonan Rosmah tangguh tanpa syarat bayar kepada syarikat barang kemas Lubnan, ditolak
Global Royalty memfailkan saman pada 29 Mac 2023, mendakwa bahawa Rosmah secara palsu menyatakan 44 barang kemas yang dihantar kepadanya oleh ejen syarikat itu telah dirampas oleh pihak berkuasa Malaysia.
Kes tikam pelajar: Skizofrenia remaja tidak dirawat selama 5 tahun sebelum insiden - Mahkamah
Keadaan penyakit mental tersebut yang berterusan tanpa rawatan sepanjang tempoh lima tahun menjadi faktor penting yang mempengaruhi tindakannya pada masa kejadian.
Naik kereta api laju di China, PM Anwar pilih baiki sekolah dahulu
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji perkhidmatan kereta api laju di China, namun berkata keutamaan beliau ketika ini ialah membaiki sekolah.
Peletakan jawatan Anthony Loke, Anwar tidak mahu gopoh buat keputusan
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mengambil pendekatan untuk tidak terburu-buru dan gopoh dalam membuat keputusan berhubung hasrat Setiausaha Agung DAP Anthony Loke meletak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.
PRN Melaka: 'Belum ada keputusan berhubung kerjasama politik' - Anwar
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata tanggungjawab untuk berbincang mengenai perkara berkenaan telah diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya PH Datuk Seri Amirudin Shari.
Digilis lori: Murid Tahun Empat maut selepas 24 jam bertarung nyawa
Seorang murid perempuan Tahun Empat meninggal dunia pada Isnin, sehari selepas kemalangan digilis sebuah lori ketika membonceng motosikal bersama datuknya semasa pulang dari sekolah di Kubang Kerian di sini pada petang Ahad lalu.
Bersatu terima notis RoS berhubung status PN - Azmin Ali
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan menerima notis daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung penjelasan berkaitan status pembatalan Perikatan Nasional (PN).