awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2021: Kadar bantuan golongan rentan, OKU dinaikkan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
06/11/2020
08:54 MYT
Belanjawan 2021: Kadar bantuan golongan rentan, OKU dinaikkan
Tengku Zafrul berkata bantuan itu turut melibatkan golongan orang kelainan upaya dan pesakit kronik. - Foto fail
KUALA LUMPUR:Kerajaan akan menaikkan kadar bantuan kebajikan bulanan dalam memelihara kebajikan golongan rentan atau kumpulan yang mudah dihinggapi penyakit.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan itu turut melibatkan golongan orang kurang upaya (OKU) dan pesakit kronik.
“Pertama, kadar Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dinaikkan daripada RM250 kepada RM300. Kedua, kadar Bantuan Warga Emas dan Bantuan Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar dinaikkan daripada RM350 kepada RM500.
“Ketiga, kadar Elaun Pekerja OKU dinaikkan daripada RM400 kepada RM450; Keempat, kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin dinaikkan daripada RM100 seorang anak dengan maksimum RM450 sekeluarga, kepada RM150 seorang anak berumur tujuh tahun hingga 18 tahun atau RM200 seorang anak berumur enam tahun dan ke bawah dengan maksimum RM1,000 sekeluarga.
“Semoga peningkatan kadar ini membantu dengan penjagaan anak-anak serta nutrisi makanan.
"Contohnya, jika Puan Safiah mempunyai tiga orang anak dengan dua daripadanya berumur enam tahun dan ke bawah dan suaminya OKU bekerja, keluarga beliau akan mendapat bantuan RM1,000 sebulan,” katanya pada pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.
Berdasarkan tinjauan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional telah meningkat kepada RM2,208 sebulan bagi setiap isi rumah, iaitu lebih 400,000 isi rumah yang berpendapatan kurang daripada PGK ini telah tergolong dalam kategori miskin.
PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2021
Grafik Astro AWANI
Grafik Astro AWANI
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Kanak-kanak
#OKU
#warga emas
#Tengku Zafrul
#Belanjawan 2021
#Belanjawan 2021 Kos Sara Hidup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan