KUALA LUMPUR:Kerajaan digesa mewujudkan Skim Bantuan Kebajikan belia bekerja bawah 30-an dalam golongan B40 yang kebanyakannya baru memulakan kehidupan berkeluarga.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor menegaskan situasi itu diketahui akan banyak membantu kumpulan berkenaan yang mana pendapatan mereka masih belum stabil.
Jelasnya, Kementerian Sumber Manusia (KSM) perlu dilibatkan dengan menggunakan data-data setiap syarikat berdaftar bagi menjejak golongan sasar ini.
"Kerajaan juga perlu mewujudkan Bantuan Dana Perniagaan khas untuk anak muda bagi merancakkan gig ekonomi mereka sendiri.
"Pendaftaran syarikat perniagaan secara enterprise perlu dibuat bagi mengelakkan ketirisan dan dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.
"Kolaborasi empat kementerian utama iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Kementerian Pembangunan Usahawan (MECD) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) boleh memastikan kejayaan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.
BACA: Para pencarum diharap bersabar, tunggu pengumuman Belanjawan 2021 - KWSP
BACA: Belanjawan 2021: 'Tidak akan dipolitikkan' - Tengku Zafrul
Belanjawan 2021 akan dibentangkan pada 6 November.
Ini pembentangan belanjawan pertama bagi Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di bawah pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Dalam pada itu, Noor Hariri meminta kerajaan mewujudkan Skim Dana Kebajikan bagi mahasiswa dan mahasiswi di universiti serta kolej untuk meringankan beban tanggungan yuran belajar dan tempat tinggal.
"Ini merangkumi permintaan 70 peratus daripada keseluruhan ibu bapa pelajar yang berada dalam kategori golongan B40.
"Agihan dana boleh dibuat melalui Kementerian Pengajian Tinggi untuk tujuan ini," ujarnya.
Dalam pada itu, Noor Hariri meminta kerajaan segera meluluskan pengeluaran caruman maksimum RM10,000 KWSP kepada pencarum-pencarun seperti cadangan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi baru-baru ini.
"Pengeluaran wang caruman ini tentunya memberi kelegaan kepada mereka yang 100 peratus terjejas. Secara tidak langsung, kerajaan juga tidak terbeban dengan pemberian one-off yang besar apabila pencarum menggunakan wang mereka sendiri," tegasnya.
Astro Awani
Thu Nov 05 2020
Noor Hariri meminta kerajaan mewujudkan Skim Dana Kebajikan bagi mahasiswa dan mahasiswi di universiti serta kolej untuk meringankan beban tanggungan yuran belajar dan tempat tinggal. - Gambar fail
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Lagu AI 'Hussein Hussein untuk Mahkota' tarik perhatian pengundi
Lagu 'Hussien Hussien untuk Mahkota' yang menggunakan suara kecerdasan buatan (AI) antara pendekatan Barisan Nasional (BN) bagi menarik perhatian pengundi pada PRK DUN Mahkota.
[KOLUMNIS] PRK DUN Mahkota: UMNO diuji di negeri kubunya
Kalau kita lihat keputusan lepas, BN seharusnya boleh menang dengan majoriti lima angka kali ini kerana BN dan PH sudah bergabung di peringkat pusat.
Kelantan beri peruntukan sama rata kepada semua ADUN
Kerajaan Kelantan memberi peruntukan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk kepada ADUN pembangkang di negeri ini.
PAU 2024: Akmal cadang tukar Menteri Komunikasi dengan wakil UMNO
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kepada Presiden UMNO agar Menteri Komunikasi digantikan dengan wakil daripada UMNO.
Zahid Hamidi setuju dengan Dr Akmal, UMNO mahu dua pertiga kerusi pada PRU16
Presiden UMNO tidak puas hati jumlah kerusi yang ada sekarang namun menegaskan, sekiranya mahu dua pertiga, UMNO perlu bekerja lebih keras.
Wanita UMNO mahu calon wanita kekal di PRK DUN Mahkota
Wanita UMNO menuntut supaya calon yang bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor dipilih daripada sayap berkenaan.
PAU 2024: Di sebalik cabaran, Pemuda UMNO terus dapat tempat - Akmal Salleh
Di sebalik cabaran dan rintangan politik, pemuda UMNO terus mendapat tempat dan menjadi kesayangan orang ramai.
Muhyiddin wajar mohon maaf, pulih keraguan dicetuskan terhadap Agong - Pemuda UMNO
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar menyatakan permohonan maaf secara rasmi dan terbuka bagi memulihkan kesangsian serta keraguan yang telah dicetuskan terhadap institusi
PRK DUN Nenggiri: Mohd Azmawi FIkri calon tepat rampas semula kerusi
Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang ditampilkan UMNO-BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, berkemampuan untuk merampas kembali DUN berkenaan.
PRK Nenggiri: Mohd Azmawi janji galas amanah, tanggungjawab sebaik mungkin
Calon BN bagi PRK DUN Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berjanji akan menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan parti dengan sebaik mungkin.