ALOR GAJAH: Penambahbaikan aset milik Kementerian Pertahanan akan diberi perhatian utama menerusi peruntukan disalurkan kerajaan dalam Belanjawan 2023 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lepas.
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata menerusi peruntukan itu, beberapa aset baharu akan dibeli termasuk pesawat tempur ringan FA-50, kapal tempur pesisir (LCS) dan kapal misi pesisir (LMS).
Beliau berkata kesiapsiagaan semua aset kementerian pada setiap masa adalah penting agar kedaulatan dan keselamatan negara sentiasa terjamin.
"Peruntukan Belanjawan 2023 kali ini meningkat kepada RM17.7 bilion berbanding RM17.4 bilion pada Belanjawan 2023 sebelum ini (sebelum Pilihan Raya Umum ke-15). Peningkatan itu melibatkan peruntukan bagi pembangunan perbelanjaan khususnya melibatkan pembelian aset baharu dan penyelenggaraan aset sedia ada.
"Jadi kita akan pastikan kepercayaan yang diberikan Perdana Menteri khususnya untuk mendapatkan aset baharu dilaksanakan seperti dirancang dan kelulusan perolehan pembangunan akan menjadi keutamaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Alor Gajah di sini hari ini.
Adly berkata peruntukan lebih RM500 juta untuk menyelenggara Rumah Angkatan Tentera selain membaik pulih kuarters kediaman dan institusi di bawah Kementerian Dalam Negeri, antara perkara yang dinantikan anggota keluarga tentera.
Beliau berkata isu penyelenggaraan rumah anggota tentera sudah lama diperjuangkan dan menerusi peruntukan besar yang disalurkan itu, ia dapat memastikan ahli keluarga anggota tentera tinggal dalam kediaman yang lebih selesa dan selamat.
Dalam pada itu, Adly berkata projek peningkatan pertanian bijirin jagung domestik yang akan diusahakan veteran tentera dengan kerjasama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) memberi peluang kepada veteran menyumbang kepada negara selain menjadikan mereka produktif walaupun sudah bersara.
"Kebajikan mereka juga akan terjamin kerana ada peluang pekerjaan dan pendapatan yang baik selain memberi pendedahan kepada golongan tersebut kepada penggunaan teknologi baharu selain membantu meningkatkan keterjaminan makanan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 26 2023
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata menerusi peruntukan itu, beberapa aset baharu akan dibeli termasuk pesawat tempur ringan FA-50, kapal tempur pesisir (LCS) dan kapal misi pesisir (LMS). - Gambar fail/BERNAMA
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
1.4 juta ahli KWSP terima RM500 one-off caruman tambahan
Insentif RM500 diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.
AP kenderaan CBU masih lagi relevan - Tengku Zafrul
Pemansuhan AP boleh mendorong pengimportan atau lambakan kenderaan CBU yang tidak mematuhi piawaian teknikal dan membahayakan pengguna.
Kerajaan peruntuk RM90 juta kepada Risda, Felcra, galak pekebun kecil optimumkan penggunaan tanah
Anwar Ibrahim berkata skop galakan cukai automasi juga akan diperluas untuk meliputi sektor komoditi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy
Pelaksanaan skim pencen seperti diamalkan bagi sektor perkhidmatan awam boleh menjadi bom jangka kepada kewangan negara, menurut Khairy Jamaluddin.
[KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir'
KEMISKINAN tegar yang sudah lama berakar di negara ini harus dinoktahkan pada tahun ini juga.
[KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara
Suhu politik seakan-akan tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda untuk tempoh sekurang-kurang sehingga berakhir penggal Parlimen ke-15.
Kerajaan mampu laksana inisiatif Ekonomi MADANI - Ahmad Maslan
Kementerian turut digalakkan supaya menggunakan keseluruhan sumber yang diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif di bawah Ekonomi MADANI.
Sejumlah RM471 juta bantuan IPG diagihkan kepada 217,090 pekebun kecil - LGM
IPG telah dilaksanakan sejak 2015 bertujuan bagi mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah.
Pelaksanaan Ekonomi Madani tidak libatkan tambahan perbelanjaan - Rafizi
Beliau berkata kerajaan akan berbelanja mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Parlimen serta berdasarkan perbelanjaan yang ditetapkan dalam belanjawan tahun ini.
Kuarters usang di IPD Gerik, Kampar dan Ipoh akan ditambah baik - Ketua Polis Perak
Penyelenggaraan fasiliti lain seperti lif turut akan diberikan perhatian sewajarnya bagi kemudahan anggota dan keluarga mereka.