KUALA LUMPUR: Belanjawan 2023 dengan cadangan peruntukan RM388.1 bilion bertepatan dengan keperluan setiap kementerian untuk melaksanakan pelbagai inisiatif untuk kesejahteraan rakyat sekali gus dapat menterjemahkan konsep Malaysia MADANI.
Pelbagai peruntukan dan program yang diumumkan menerusi belanjawan itu akan meningkatkan pengupayaan dan mobiliti sosioekonomi buat segenap lapisan rakyat.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke menyifatkan pengumuman bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan e-hailing ditanggung kerajaan disifatkan sebagai "suatu kejutan yang baik".
Beliau berkata inisiatif itu dijangka membantu rakyat terutama bagi golongan belia yang membolehkan mereka memulakan pekerjaan dalam ekonomi gig.
"Kita akan lihat (mekanisme) untuk laksanakan, syarat-syarat dan juga dari segi mekanisme pelaksanaannya," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen di sini pada Jumaat.
Loke turut menjangkakan peningkatan langganan pas bulanan My50 selepas perkhidmatan Mass Rapid Transit 2 (MRT2) bermula Mac ini, susulan keputusan kerajaan untuk meneruskan insiatif pas bulanan My50.
IKUTI INTI PATI BELANJAWAN 2023 DI SINI
KALKULATOR BELANJAWAN 2023
Sementara itu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata Kementerian Pendidikan (KPM) yang sekali lagi menerima peruntukan tertinggi iaitu RM55.2 bilion akan memfokuskan kepada usaha meningkatkan taraf pendidikan negara melalui infrastruktur serta kemudahan pembelajaran terbaik dan memelihara kebajikan guru serta murid.
Beliau berkata peruntukan yang disediakan bagi kementerian itu bertepatan dengan keperluan tujuh teras utama yang diperkenalkan sebelum ini bagi memperkasakan sektor pendidikan negara.
"Pertambahan peruntukan RM777 juta bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan RM108 juta untuk Program Makanan Prasekolah KPM akan membantu menampung kos menyediakan makanan berkhasiat dan berkualiti kepada murid-murid.
"Inisiatif bagi membekalkan sekolah dan institusi pendidikan KPM dengan 50,000 komputer juga saya fikir inisiatif penting yang selaras dengan teras ketujuh iaitu peningkat keupayaan pendidikan digital sekolah dan insitutusi pendidikan," katanya.
Menteri Sumber Manusia V Sivakumar berkata menerusi peruntukan dan program yang disenaraikan dalam belanjawan, ia membantu usaha KSM mengurangkan pengangguran selain situasi guna tenaga tak penuh.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat antaranya mengumumkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan menyediakan insentif kepada majikan yang menggaji 17,000 graduan khususnya Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selain menyediakan insentif kepada majikan menggaji golongan mudah terjejas seperti orang kurang upaya (OKU), bekas banduan, gelandangan dan penganggur tegar.
Menteri Perdangangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub pula memberikan jaminan semua peruntukan yang diberikan kepada kementerian itu akan disalurkan sebaiknya kepada kumpulan sasar.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 24 2023
Menteri kabinet berpandangan bahawa pelbagai peruntukan dan program yang diumumkan menerusi belanjawan itu akan meningkatkan pengupayaan dan mobiliti sosioekonomi buat segenap lapisan rakyat. -Astro AWANI
[KOLUMNIS] Perkasa kreativiti rakyat Malaysia, ayuh lawan cetak rompak digital - Altimet
Jenayah cetak rompak beri kesan amat buruk kepada industri hiburan dan media negara, dengan kerugian tahunan dilaporkan sekitar RM3 bilion dan RM500 juta dalam bentuk cukai.
Malaysia harap kerjasama ASEAN ke arah tampil kawal selia komunikasi dan multimedia lebih baik
Malaysia berharap dapat bekerjasama dengan negara anggota ASEAN yang lain untuk berusaha ke arah mengawal selia industri komunikasi dan multimedia dengan lebih baik.
UNM, Astro AWANI anjur Sidang Meja Bulat Kewartawanan
Astro AWANI bersama-sama Universiti Nottingham Malaysia (UNM) mengumumkan penganjuran sidang meja bulat bertemakan “Kewartawanan dalam Zaman Gangguan AI", dengan kerjasama Pusat Kewartawanan Bebas Malaysia (CIJ).
Wakil rakyat perlu ketepi agenda politik sempit - Tuanku Muhriz
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan menitahkan semua ADUN negeri ini supaya mengetepikan agenda politik sempit.
PETRA lancarkan inisiatif Solar@PETRA sebagai usaha kurangkan jejak karbon
Sejajar dengan Perjanjian Paris, Malaysia komited untuk mengurangkan jejak karbon negara dan seterusnya mencapai tatus gas rumah kaca (GHC) sifar bersih seawal tahun 2050.
Antaranya ialah dengan melancarkan inisiatif Solar Peralihan Tenaga untuk Rakyat atau Solar@PETRA dan juga program Solar Boleh.
Antaranya ialah dengan melancarkan inisiatif Solar Peralihan Tenaga untuk Rakyat atau Solar@PETRA dan juga program Solar Boleh.
Individu pamer gambar Agong pada kempen PRK KKB dipenjara sebulan, denda RM3,000
Majistret menjatuhkan hukuman itu ke atas P. Ramasamy, 66, selepas lelaki itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Kerani rugi RM109,540 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang kerani wanita sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM109,540 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud dalam talian.
Lelaki warga AS mengaku salah miliki video lucah, pornografi kanak-kanak
Tertuduh, David Matthew Frahm, mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Helmi Ghani.
KPKT umum pembinaan PPR Bestari Jaya, selesai masalah perumahan lima ladang di Selangor sejak 1998
KPKT mengumumkan pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bestari Jaya bagi menyelesaikan isu perumahan yang dihadapi 245 keluarga peneroka.
Isu kasino Forest City: Polis rekod keterangan petugas portal bahasa Inggeris
Polis merakam keterangan seorang petugas media sebuah portal berbahasa Inggeris bagi membantu siasatan berhubung penerbitan artikel mengenai kasino di Forest City.
1.4 juta ahli KWSP terima RM500 one-off caruman tambahan
Insentif RM500 diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.
AP kenderaan CBU masih lagi relevan - Tengku Zafrul
Pemansuhan AP boleh mendorong pengimportan atau lambakan kenderaan CBU yang tidak mematuhi piawaian teknikal dan membahayakan pengguna.
Kerajaan peruntuk RM90 juta kepada Risda, Felcra, galak pekebun kecil optimumkan penggunaan tanah
Anwar Ibrahim berkata skop galakan cukai automasi juga akan diperluas untuk meliputi sektor komoditi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy
Pelaksanaan skim pencen seperti diamalkan bagi sektor perkhidmatan awam boleh menjadi bom jangka kepada kewangan negara, menurut Khairy Jamaluddin.
[KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir'
KEMISKINAN tegar yang sudah lama berakar di negara ini harus dinoktahkan pada tahun ini juga.
[KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara
Suhu politik seakan-akan tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda untuk tempoh sekurang-kurang sehingga berakhir penggal Parlimen ke-15.
Kerajaan mampu laksana inisiatif Ekonomi MADANI - Ahmad Maslan
Kementerian turut digalakkan supaya menggunakan keseluruhan sumber yang diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif di bawah Ekonomi MADANI.
Sejumlah RM471 juta bantuan IPG diagihkan kepada 217,090 pekebun kecil - LGM
IPG telah dilaksanakan sejak 2015 bertujuan bagi mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah.
Pelaksanaan Ekonomi Madani tidak libatkan tambahan perbelanjaan - Rafizi
Beliau berkata kerajaan akan berbelanja mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Parlimen serta berdasarkan perbelanjaan yang ditetapkan dalam belanjawan tahun ini.
Kuarters usang di IPD Gerik, Kampar dan Ipoh akan ditambah baik - Ketua Polis Perak
Penyelenggaraan fasiliti lain seperti lif turut akan diberikan perhatian sewajarnya bagi kemudahan anggota dan keluarga mereka.