awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan Johor 2021 diluluskan sebulat suara

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
06/12/2020
08:18 MYT
Belanjawan Johor 2021 diluluskan sebulat suara
Hasni ketika rundingan meminta kelulusan membelanjakan sebanyak RM850 juta menerusi Kumpulan Wang Pembangunan. - Foto Bernama
ISKANDAR PUTERI:Dewan Undangan Negeri (DUN) sebulat suara meluluskan Belanjawan Johor 2021 berjumlah RM1.857 bilion, dengan defisit sebanyak RM284.14 juta.
Sesi penggulungan dan persetujuan berjalan lancar tanpa sebarang provokasi dan bantahan.
Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad, ketika rundingan meminta kelulusan membelanjakan sebanyak RM850 juta menerusi Kumpulan Wang Pembangunan bagi melaksanakan 12 agenda utama Belanjawan Johor 2021.
Dalam rundingan itu, perbelanjaan tambahan bernilai RM17.23 juta turut diluluskan.
Kerajaan negeri pada pembentangan Belanjawan Johor 2021 mengunjurkan hasil negeri sebanyak RM1.609 bilion manakala perbelanjaan berjumlah RM1.857 bilion tahun depan.
BACA: Hasni selamat, kelulusan Belanjawan Johor 2021 tepis spekulasi
Perbelanjaan mengurus yang merangkumi caruman kepada kumpulan wang pembangunan berjumlah RM997.21 juta, iaitu RM513.69 juta bagi emolumen dan RM483.51 juta bagi perbelanjaan lain.
Belanjawan Johor 2021 yang bertema 'berdaya tahan demi kemakmuran' itu akan merangkumi tiga asas utama, iaitu pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, memulihkan ekonomi dan membina daya tahan fiskal serta ekonomi negeri.
Hari terakhir DUN Johor menjadi tumpuan selepas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Timbalan Presiden Bersatu, gagal memperoleh sokongan majoriti usul undi percaya dikemukakan, termasuk daripada ADUN UMNO.
Topic Berkaitan
#DUN Johor
#Hasni Mohammad
#belanjawan johor 2021
#ekonomi
#Menteri Besar Johor
#politik
#bisnes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan