Skip to main content

Gaya Hidup

Beli kereta dan anda mungkin ke Jerman

Nissan-UEFA-comp-main.jpg.aspx

Pusingan kedua kempen Piala Liga Juara UEFA Nissan sudah bermula dengan rasmi, oleh itu semua pembeli kenderaan Nissan pada bulan Apri mempunyai peluang untuk memenangi tiket penerbangan ke Berlin, Jerman.
Dan ia bukannya calang-calang perjalanan, tetapi juga untuk melihat sendiri perlawanan akhir Liga Juara UEFA yang akan diadakan pada 6 Jun 2015 nanti.

Pusingan pertama yang berakhir pada bulan Mac lepas sudahpun berakhir, dan pemenang-pemenang – yang akan menonton perlawanan separuh akhir Liga Juara UEFA – sudah ditentukan. Mereka adalah Mohd Nazar bin Rebin (pembeli Grand Livina 1.6L AT), Mohamad Hafizzudin bin Zulfekfi (Almera 1.5E AT), dan Mohd Ariffin bin Japri (Grand Livina 1.6L AT).

Penganjur kempen iaitu Edaran Tan Chong Motor (ETCM) juga membuka peluang kepada pembeli-pembeli Nissan pada bulan Mac lalu untuk untuk menyertai pusingan kedua ini, seterusnya peluang memenangi pengalaman menonton final Liga Juara UEFA.

Selain itu, ETCM turut menyediakan promosi yang menyediakan pakej menarik untuk beberapa model termasuk Teana, Serena S-Hybrid, Navara, Sylphy, Grand Livina, Almera Nismo dan X-Trail serba baharu.

Sementara itu, ETCM juga ada menganjurkan ‘road show’ untuk memudahkan anda melihat model-model kenderaan Nissan yang ada. Anda juga boleh mengetahui mengenai kempen Juara Liga UEFA yang sedang berlangsung. Lokasi ‘roadshow’ adalah seperti di bawah:
  Tarikh   Lokasi
  17 – 19 April   Kulim Landmark Central
  17 – 19 April   Center Point Sabah
  29 April – 3 Mei   Alamanda Putrajaya

Advertisement

Topic Berkaitan

Must Watch Video