awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belia 20-29 tahun paling ramai hidap HIV/AIDS - Zahid

Bernama
Bernama
08/02/2024
07:25 MYT
Belia 20-29 tahun paling ramai hidap HIV/AIDS - Zahid
Ahmad Zahid berkata kes HIV/AIDS di Malaysia ketika ini menunjukkan peratusan laporan kes tertinggi adalah melibatkan golongan muda. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kerajaan akan memperhalusi cadangan bagi memperkasakan masyarakat khususnya golongan belia dengan pengetahuan yang tepat mengenai HIV/AIDS, langkah pencegahan dan isu berkaitan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata langkah itu adalah mengambil kira situasi semasa kes HIV/AIDS di Malaysia ketika ini yang menunjukkan peratusan laporan kes tertinggi adalah melibatkan golongan muda.
"Maka terdapat keperluan untuk memperluas dan memperhebat program pencegahan, kawalan dan rawatan berkaitan HIV/AIDS memandangkan taburan kes HIV/AIDS mengikut umur menunjukkan 74 peratus kes yang dilaporkan adalah melibatkan golongan muda berumur antara 20 dan 29 tahun," katanya dalam kenyataan media yang dibacakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Terdahulu, Ahmad Zahid mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sosial Negara Bil 1/2024 di sini hari ini.
Katanya, antara cadangan lain yang dikemukakan dalam mesyuarat berkenaan ialah mewujudkan rumah perlindungan bagi mengendalikan jagaan susul bagi Orang Dengan HIV/AIDS (ODHA) yang tersisih daripada keluarga dan tiada sokongan serta meningkatkan keterjaminan pekerjaan dan pendidikan untuk ODHA.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#HIV AIDS
#Kesedaran awam
#belia negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan