Belia harus memanfaatkan media sosial untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching.

Beliau berkata melalui pelbagai saluran media sosial, belia boleh menggunakannya untuk mempromosikan budaya rakyat Malaysia pelbagai kaum yang menawan.

Mereka dalam industri perfileman boleh menghasilkan filem pendek atau iklan mengenai perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, dan melalui Instagram, mereka boleh menampilkan perpaduan rakyat Malaysia sama ada menyukai makanan dan perpaduan kita dalam menyokong rakyat Malaysia dalam sukan, katanya dalam ucaptama bertajuk "Peranan Belia dalam Memupuk Perpaduan Negara" pada sambutan Hari Perpaduan Institusi Pendidikan Tinggi di sini, pada Khamis.

"Perbezaan etnik tidak harus memisahkan kami dari yang lain, malahan kepelbagaian etnik seharusnya menyuntik kekuatan kolektif yang boleh memberi manfaat kepada semua umat manusia," katanya.

Mary Yap berkata belia Malaysia perlu mengintegrasikan dan bersosial dengan masyarakat dari pelbagai kaum dan latar belakang agama, dan warna kulit seseorang sama sekali tidak boleh menjadi penghalang bagi membina hubungan.

Beliau berkata mereka tidak harus dipengaruhi oleh semua khabar angin negatif yang cuba memusnahkan ikatan kukuh yang dibina bertahun-tahun lalu sejak hari kemerdekaan pada 1957.

Lebih 700 siswa dan siswi dari lebih 25 institusi pengajian tinggi tempatan mengambil bahagian dalam forum dan pertandingan sukan yang diadakan sempena sambutan Hari Perpaduan.