awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belia perlu diberi pendedahan isu global, perubahan iklim

Bernama
Bernama
18/05/2025
10:45 MYT
Belia perlu diberi pendedahan isu global, perubahan iklim
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir bergambar dengan penerima-penerima Anugerah Perdana Belia Negara 2025 selepas Merasmikan Sambutan Hari Belia Negara 2025 Peringkat Negeri Perlis. - Foto BERNAMA
PADANG BESAR: Golongan belia perlu diberi pendedahan serta kesedaran awal berkaitan isu global seperti perubahan iklim bagi memastikan mereka menguasai pengetahuan lebih meluas dalam perkara itu, kata Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Ringkasan AI
  • Golongan belia perlu didedahkan awal kepada isu global seperti perubahan iklim agar lebih peka dan berpengetahuan luas.
  • Akmal Nasrullah berkata sikap dan budaya belia perlu dibentuk dengan nilai global, bukan hanya tempatan.
  • Perlis berpotensi besar dalam pembangunan tenaga boleh baharu, khususnya tenaga solar.

Beliau berkata pendekatan itu penting bagi membentuk budaya dan sikap dalam kalangan golongan belia supaya mereka tidak terhad kepada konteks tempatan sahaja.
"Perkara ini perlu dipupuk dari peringkat awal supaya budaya dan sikap yang terbentuk bukan hanya mengikut konteks tempatan tetapi turut mengambil nilai global," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Belia Negara 2025 Peringkat Negeri Perlis di sini hari ini.
Pada majlis itu, Akmal Nasrullah turut menyampaikan Anugerah Perdana Belia Negara 2025 peringkat negeri antaranya kategori individu lelaki dan wanita.
Akmal Nasrullah juga berkata beliau melihat Perlis mempunyai potensi besar dalam sektor pembangunan tenaga boleh baharu apabila negeri itu antara yang menerima kadar cahaya matahari tertinggi di Malaysia sekali gus menjadikan ia lokasi bersesuaian untuk inisiatif tenaga mampan.
"Perlis dilihat sebagai negeri yang simbolik dalam pembangunan tenaga boleh baharu berikutan potensinya menjana tenaga solar yang tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#golongan belia
#isu global
#perubahan iklim
#Akmal Nasrullah Mohd Nasir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan