YAN: Hanya mampu lihat dua mangsa menggelongsor dan dihanyut arus deras.
Demikian detik cemas dilalui Norhazle Othman, 36 tahun, dan rakannya Aminnullah Budi Alam, 21 tahun, dalam fenomena kepala air di Gunung Jerai, petang semalam.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, Norhazle dan Aminnullah yang bertugas di Muzium Perhutanan di Gunung Jerai dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai bertugas.
Menurut mereka, sebelum kejadian, hujan turun dengan lebat berlarutan hampir satu jam.
Bimbang cuaca semakin gelap, mereka berdua mengambil keputusan untuk menuruni bukit tersebut dengan menaiki motosikal.
Motosikal ditunggangi Norhazle ketika itu berada di hadapan sebuah kereta Proton Persona sementara motosikal dinaiki mangsa berada di belakang kereta itu.
Kata Norhazle, kejadian berlaku dengan pantas dan dia hanya sempat menyelamatkan seorang daripada mangsa yang tersangkut pada pokok.
"Allahu Akbar. Tuhan sahaja yang tahu. Memang laju. Bunyi meletup seperti air membelah pokok, dan air turun bersama batu dan tanah sekali.
"Toleh belakang, tengok-tengok mangsa itu telah pergi dibawa arus," katanya.
Sementara itu, Aminnullah pula berkata, kejadian itu mengakibatkannya kehilangan dokumen pengenalan diri termasuk kad UNCHR setelah motosikalnya dihanyutkan air.
Katanya, dia yang sudah lima tahun bekerja sebagai tukang cuci di Muzium Gunung Jerai tidak pernah melihat kejadian seumpama ini dan bersyukur terselamat dalam kejadian itu.
"Kita lari pun tak boleh. Sana sini sudah dipenuhi air. Nak lari mana pun tak boleh. Jadi, kita hanya mampu baca surah Al-Fatihah sambil berpeluk pada pokok," katanya.
Dalam kejadian kepala air petang semalam seorang pekerja Jerai Hill Resort, Sharuzi Mohamad, 53 tahun, ditemui mati selepas tertimbus di bawah kayu dan batu.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Aug 19 2021
Ketika kejadian, Norhazle (kiri) dan Aminnullah yang bertugas di Muzium Perhutanan di Gunung Jerai dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai bertugas. - Foto Astro AWANI
Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah - Hajiji
Hajiji berkata media turut memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan rakyat dan negeri.
Agong zahir ucapan terima kasih kepada PM Lee kerana jadi rakan karib Malaysia
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, yang bakal berundur, kerana menjadi rakan karib Johor dan Malaysia.
Disangka hilang, rupanya 'terpos' ke Amazon
Galena yang masuk ke dalam kotak yang ingin dipos ke Amazon tanpa disedari keluarganya, ditemui sihat namun dalam keadaan keliru.
Sempadan Rafah masih dibuka untuk penghantaran bantuan, penumpang, kata sumber Mesir
Sempadan Rafah yang menghubungkan Gaza dengan Mesir masih dibuka untuk laluan penghantaran bantuan kemanusiaan dan penumpang.
Misi bantuan Malaysia ke Gaza tambah lagi 10 kontena, keseluruhan 110 kontena
Misi Bantuan Kemanusiaan Kecemasan 100 Kontena Malaysia ke Gaza menerima penambahan 10 lagi buah kontena menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 110 buah kontena.
10 Berita Pilihan - (06 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia kehilangan seorang lagi permata seni - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Datuk Hail Amir yang meninggal dunia hari ini.
Mahkamah benar rayuan SC untuk ketepi pembebasan bekas eksekutif Malaysian Merchant
Panel tiga hakim dalam keputusan sebulat suara mendapati Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membebaskan Ramesh tanpa mengambil kira merit kes itu.
Saya akan rindu nyanyian ‘live’ Hail Amir - Lufti Ameer
Kesihatan Datuk Hail Amir sebelum ini dalam keadaan baik malah sempat menyambut Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang baru-baru ini.
Putin angkat sumpah sebagai Presiden Rusia untuk penggal kelima pada Selasa
Vladimir Putin akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Rusia untuk penggal kelima yang akan berlangsung di ibu negara, Moscow pada Selasa, lapor Agensi Anadolu.
Kepala air Lahad Datu: Aktiviti river hiking tidak dapat kelulusan, kebenaran
Polis mengesahkan sebanyak 15 individu terlibat dalam kejadian kepala air di Lembah Maksina, Makuau, Tungku semalam.
Dua lelaki diselamatkan, terperangkap arus deras kepala air
Ketika kejadian, kedua-dua lelaki berkenaan sedang melakukan aktiviti memancing di kawasan tersebut.
Mayat mangsa tragedi kepala air di Kampung Sebat ditemui
Mayat mangsa ditemui tersangkut di celah-celah batu di kawasan air terjun tersebut oleh penduduk kampung.
Kepala air: Seorang maut, seorang hilang di air terjun Kampung Sebat
Insiden tersebut melibatkan empat mangsa yang kesemuanya lelaki dengan dua daripada mereka berjaya diselamatkan orang kampung.
41 ahli keluarga cemas terperangkap insiden kepala air di Kapit
Akibat hujan lebat yang melanda, air sungai naik secara tiba-tiba mengakibatkan kepala air yang deras dan semua mangsa yang berada di situ terperangkap.
Tragedi kepala air: Jenazah Aszura selamat dikebumi
Jenazah Aszura disemadikan selepas disolatkan di Masjid Al-Muhtadin kira-kira jam 11.30 pagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
Tragedi kepala air Kampung Poh: Mayat dua beradik mangsa terakhir ditemui
Mangsa Hanum Marissa Azam, 2 tahun, dan kakaknya, Hanna Mikayla, 7 tahun, dijumpai kira-kira pukul 9 dan 9.10 pagi.
'Bila lagi Uya nak makan mi kari kakak?'
Noraini berkata Isnin lalu, Aszura kali terakhir datang makan mi kari kuah kicap di kedainya bersama anaknya lelakinya Hafiy Muhayat Azam.
Tragedi kepala air di Bidor: Orang ramai dinasihat berhati-hati ketika berkelah
Ketua Polis Perak nasihat orang ramai berhati-hati ketika menjalankan aktiviti perkelahan, khususnya sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL).
Tragedi kepala air Kampung Poh: Mayat kanak-kanak 4 tahun ditemui, dua masih hilang
Mayat kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun itu dijumpai orang awam bersama pasukan penyelamat kira-kira 600 meter dari lokasi kejadian.