SHAH ALAM : Kempen #BenderaPutih menerima sokongan Polis Selangor yang komited mengenal pasti penduduk mengalami kekurangan makanan atau menghadapi masalah lain akibat pandemik COVID-19.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata beliau telah mengarahkan anggotanya untuk mengenal pasti penduduk yang terjejas, malah usaha sedemikian akan dipertingkatkan.

Katanya, ini bagi membolehkan  bantuan boleh segera disampaikan kepada mereka.

Bahkan, beliau berkata pihaknya juga menggalakkan mana-mana pihak yang berdepan masalah sedemikian untuk menghubungi balai-balai polis berhampiran

BACA: #BenderaPutih: Siapa terawal? Siapa mulakan dan apa rasional di sebalik warna putih?

BACAPEMULIH: Golongan miskin tegar, B40, M40 dapat Bantuan Khas COVID-19 bermula Ogos - PM


“Bila dah kenal pasti, kita akan bantu mereka, hubungkan dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), baitulmal dan sebagainya.

“Selain daripada itu, saya akan terus, selepas daripada ini, meminta masyarakat yang menghadapi masalah, yang menghadapi kemurungan (mendapatkan bantuan).

“Jika jiran ada kemurungan sebab masalah ekonomi, dia boleh menghubungi balai pada bila-bila masa untuk dapatkan bantuan... kalau ada jiran dan sebagainya hadapi masalah, minta hubungi kita dan kita bantu salurkan bantuan,” katanya pada sidang media secara dalam talian pada Jumaat.


Bendera Putih | Kibar bendera di rumah bukan kesalahan - Polis

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai kempen #BenderaPutih yang digerakkan oleh rakyat untuk membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Selain itu, Arjunaidi berkata, pihaknya sedia memberikan bantuan kewangan, kaunseling dan bantuan lain mengikut kemampuan mereka.


Bendera Putih | Henti pertikai, fokus beri bantuan - Asyraf Wajdi

BACA: PEMULIH: Bantuan Bakul Makanan, dana RM300,000 kepada Ahli Parlimen diagih hari ini

BACA SEMUA BERKAITAN PEMULIH DI SINI

Dalam situasi negara berhadapan pandemik yang mengakibatkan ramai rakyat terjejas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada Isnin.

Antara lain, kerajaan akan memberi Bantuan Khas COVID-19 (BKC) kepada isi rumah kategori miskin tegar, B40 dan M40 termasuk golongan bujang bermula Ogos, yang memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion.

Selain itu, peruntukan sebanyak RM300,000 juga disalurkan kepada semua Ahli Parlimen, termasuk wakil rakyat pembangkang bagi melaksanakan Bantuan Bakul Makanan untuk rakyat terjejas akibat COVID-19.

Turut diumumkan peruntukan tambahan RM10 juta bagi tujuan Bantuan Bakul Makanan khusus untuk masyarakat Orang Asli.