awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bengang anak menangis, lelaki tampar dan ugut bunuh isteri

Junaidi Ladjana
Junaidi Ladjana
17/06/2021
09:30 MYT
Bengang anak menangis, lelaki tampar dan ugut bunuh isteri
Mohd Yusoff berkata, suspek melarikan diri dan usaha mengesannya giat dilakukan.
BEAUFORT: Gara-gara rimas dengan tangisan anak, seorang lelaki tergamak membelasah isteri serta anak lelakinya berusia setahun dalam kejadian di Kampung Membakut Jaya, di sini, semalam.
Malah dalam kejadian jam 3 petang itu, ketika mengamuk, suspek berusia 27 tahun turut mengugut bunuh dan mahu menggantung isterinya.
Susulan kejadian itu, satu laporan polis dibuat oleh isterinya berusia 23 tahun di Balai Polis Membakut, pada hari yang sama.
Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian, berlaku pertengkaran di antara mangsa dan suaminya yang berpunca daripada tangisan anaknya yang dirasakan mengganggu tidur lelaki itu.
"Suspek turut memukul anaknya hingga berlaku pertengkaran kerana mangsa menegur perbuatan lelaki itu.
"Suspek yang berang lalu mengamuk dan menampar serta mengatakan mahu bunuh dan juga menggantung isterinya," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
Mohd Yusoff berkata, mangsa yang sakit di pipi kemudian dirujuk ke Hospital Beaufort untuk rawatan lanjut.
"Selepas kejadian itu, suspek keluar rumah dan usaha mengesan suspek giat dijalankan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 kerana melakukan ugutan jenayah," katanya.
Topic Berkaitan
#suami pukul isteri
#rimas tangisan anak
#Kampung Membakut Jaya
#Beaufort
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan