awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berang ditegur kerja tak siap, adik tergamak kelar leher abang

Astro Awani
Astro Awani
14/12/2018
12:42 MYT
Berang ditegur kerja tak siap, adik tergamak kelar leher abang
Suspek yang berusia 23 tahun bertindak sedemikian selepas abangnya yang berusia 36 tahun memarahinya kerana tidak menyiapkan kerja. - Gambar hiasan
Berang dengan teguran abang, seorang adik tergamak mengelar leher abang kandungnya dengan sebilah pisau berukuran 23 sentimeter dalam pergaduhan di sebuah bengkel di Bertam Perdana, Kepala Batas, Pulau Pinang pada Jumaat.
Dalam kejadian kira- kira jam 1.40 petang itu, suspek yang berusia 23 tahun bertindak sedemikian selepas abangnya yang berusia 36 tahun memarahinya kerana tidak menyiapkan kerja mengimpal besi yang digunakan untuk membuat pagar yang ditempah pelanggan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor memaklumkan suspek bekerja secara tidak tetap di bengkel abangnya sejak dua tahun lalu.
Katanya, dalam pergaduhan itu, suspek telah mengambil sebilah pisau yang berada di rak kasut dan terus memeluk mangsa dari arah belakang sebelum bertindak mengelar mangsa di bahagian hadapan leher.
Senjata pisau yang dipercayai digunakan suspek untuk mengelar abang kandungnya. - Foto PDRM
Senjata pisau yang dipercayai digunakan suspek untuk mengelar abangnya. - Foto PDRM
Pergaduhan dapat dileraikan jiran dan mangsa yang cedera dibawa ke sebuah klinik swasta di Bertam untuk rawatan lanjut.
Mangsa yang cedera di leher terpaksa menerima tujuh jahitan dan tiada kecederaan serius yang lain dilaporkan.
Susulan kejadian itu, polis menahan lelaki terbabit dan merampas sebilah pisau dapur dan sehelai baju kemeja-t berwarna hijau.
Ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati negatif dadah namun mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah.
Kes disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan suspek akan direman di Mahkamah Butterworth untuk siasatan lanjut.
Topic Berkaitan
#cedera
#Dadah
#jenayah
#kelar abang
#kelar leher
#lelaki
#mahkamah
#polis
#Seberang Perai
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan