KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan Beras Putih Malaysia Madani boleh menyekat campur tangan kartel dalam industri itu.
Anwar bagaimanapun menjelaskan, belum ada sebarang keputusan berhubung pelaksanaan Beras Putih Malaysia Madani.
Beliau juga berkata perkara itu akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup, Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dalam masa terdekat.
“Tidak. Ini boleh sekat campur tangan kartel.
“Ia akan dibincangkan dalam NACCOL akan datang dan belum ada keputusan,” katanya selepas melancarkan program Memperkasakan PKS, 'myimpact SME Hub' di Menara Maybank, pada Isnin.
Turut hadir adalah Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar dan Pengerusi Kumpulan Maybank, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa.
Anwar diminta mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang mendakwa sekiranya Beras Putih Malaysia Madani ini diwujudkan, pihaknya yakin beras putih tempatan tidak akan ada di pasaran.
Pada Ahad, Pemuda UMNO menggesa Anwar supaya tidak membenarkan cadangan Beras Putih Malaysia Madani dilaksanakan.
Irwan Muhammad Zain
Mon Feb 19 2024
Anwar menjelaskan, belum ada sebarang keputusan berhubung pelaksanaan Beras Putih Malaysia Madani. - Gambar fail
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Syed Abu Hussin tangguh sidang media Beras Madani
Syed Abu Hussin memutuskan untuk menangguhkan sidang media mengenai Beras Putih Malaysia Madani yang dijadualkan pada Sabtu.
Beras Putih Malaysia MADANI: Kerajaan belum buat ketetapan cadangan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan belum ada ketetapan dibuat ke atas cadangan mewujudkan Beras Putih Malaysia MADANI.
Orang ramai 'serbu' Jualan Termurah Madani
Orang ramai mula membanjiri Lembah Makanan, Perda di Bukit Mertajam sempena Jualan Termurah Madani.
Kerajaan perkenal Beras Putih Malaysia Madani
Beras itu akan dijual pada harga RM30 sekampit, berkuatkuasa 19 Februari ini dan akan berada di pasaran bermula 1 Mac.