awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berbeza pendapat bukan alasan untuk lakukan buli siber

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
16/02/2018
05:31 MYT
Berbeza pendapat bukan alasan untuk lakukan buli siber
Gerakan menolak pendapat dan hujah dibawa kempen #UndiRosak, namun ia bukan alasan untuk menyokong sebarang tindakan berbentuk buli siber.
Jangan buli mereka yang mempunyai pendirian dan pendapat berbeza.
Itu yang ditegaskan Presiden Parti Gerakan Malaysia, Datuk Seri Mah Siew Keong berhubung situasi yang dialami salah seorang aktivis kempen #UndiRosak, Maryam Lee.
Siew Keong berkata, biarpun parti tegas dengan pendirian menolak pendapat dan hujah dibawa kempen itu, namun ia bukan alasan untuk menyokong sebarang tindakan berbentuk buli siber.
"Parti sememangnya tidak bersetuju dengan hujah yang dibawa mereka. Kami berharap, orang ramai, khususnya anak muda, menolak kempen itu dan keluar mengundi mengikut cara dan prosedur yang betul.
"Sokongan terhadap kempen #UndiRosak hanya akan merugikan diri sendiri dan menjejaskan masa depan negara.
"Tetapi walaupun kami tidak bersetuju, kami juga menolak tindakan pihak yang melakukan buli siber ke atas Maryam, kerana itu bukan cara yang betul untuk melakukan protes atau meluahkan rasa tidak puas hati," katanya.
Beliau berkata demikian susulan laporan polis yang dibuat Maryam berkenaan ugutan dan tohmahan yang diterima daripada penyokong Pakatan Harapan, hujung Januari lalu.
Siew Keong ditemui pemberita sewaktu majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Parti Gerakan di Cheras, hari ini.
Majlis yang turut disertai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu berjaya menarik lebih 5,000 pengunjung.
Topic Berkaitan
#buli
#GERAKAN
#mah siew keong
#Malaysia
#Najib Razak
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#rakyat
#rakyat Malaysia
#Tahun Baru Cina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan