awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
Parti pemerintah Kosovo dahului pilihan raya Parlimen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berhenti ambil gambar di lorong kecemasan, punca kemalangan di Lebuhraya SUKE - Polis

Fareez Azman
Fareez Azman
19/09/2022
04:21 MYT
Berhenti ambil gambar di lorong kecemasan, punca kemalangan di Lebuhraya SUKE - Polis
Beberapa buah kereta yang berhenti di lorong kecemasan menyebabkan berlaku kemalangan di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) pada Ahad. - Gambar ihsan PDRM
KUALA LUMPUR: Baru dua hari dibuka kepada orang ramai, Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) merekodkan kemalangan melibatkan sebuah kereta dan motosikal berhampiran Tol Bukit Teratai menghala Kuala Lumpur.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, kejadian itu berlaku sekitar pukul 2.45 petang Ahad.
Beliau berkata, punca kejadian dipercayai berlaku apabila keretaPerodua Myvi yang dipandu seorang lelaki telah berhenti di lorong kecemasan untuk tujuan mengambil gambar di lebuh raya berkenaan.
“Kereta itu dipandu oleh seorang lelaki telah berhenti di lorong kecemasan di Lebuhraya SUKE dari arah Tol Bukit Teratai menghala ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk melihat pemandangan sekitar dari atas lebuhraya dan mengambil gambar.
"Kemudian datang motosikal jenis Suzuki dari arah belakang melanggar bahagian belakang kereta yang sedang berhenti itu," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Tambah Mohamad Farouk, penunggang motosikal berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kaki dan dibawa ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan.
"Kes disiasat di bawah kaedah 16 LN 166/59 iaitu halangan sehingga menyebabkan kemalangan. Individu yang cuai menyebabkan kemalangan boleh dikompaun sehingga RM300.
"Orang ramai adalah dinasihatkan untuk tidak berhenti di lorong kecemasan jika tiada sebarang perkara keperluan atau kecemasan.
"Berhenti di lorong kecemasan adalah menjadi satu kesalahan dan boleh dikompaun sehingga RM300," katanya lagi.
Lebuhraya SUKE sepanjang 24.4 kilometer (km) bermula dari Sri Petaling ke Jalan Hulu Kelang itu mula dibuka pada 16 September lalu.
Topic Berkaitan
#Lebuhraya SUKE
#kemalangan
#mangsa
#Ampang Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan