Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan penganjur dan peserta Himpunan Jihad Perkasa agar berhimpun secara aman dan sentiasa mematuhi undang-undang.
Pada masa sama, mereka diingatkan agar tidak melakukan tindakan atau mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat hubungan antara kaum di negara ini.
"Berhubung Himpunan Jihad Perkasa yang dirancang diadakan di Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur sempena Persidangan Agung Tahunan Perkasa ke-9 pada 2 Disember 2018, saya ingin mengingatkan pihak penganjur dan peserta perhimpunan ini supaya berhimpun secara aman dan mematuhi undang-undang pada setiap masa.
"Elakkan daripada mengambil tindakan yang mengganggu ketenteraman awam atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menyebabkan ketegangan dalam hubungan antara kaum," katanya dalam satu kenyataan di akaun sosial Facebooknya hari ini.
Menurutnya, polis akan memantau perhimpunan berkenaan bagi memastikan ia berlangsung aman dan undang-undang negara dipatuhi.
Tambahnya, tindakan tegas juga akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang.
"Negara kita baru sahaja melalui insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield yang telah menyebabkan keresahan dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
"Justeru, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan yang telah pun dapat dikawal pada masa ini," tambahnya lagi.
Muhyiddin percaya Perkasa sebagai NGO yang telah lama tertubuh di bawah kepimpinan yang bertanggungjawab akan memahami dan sentiasa mendukung prinsip kedaulatan undang-undang, keharmonian rakyat serta ketenteraman dan keamanan negara.
Rahimah Abdullah
Sat Dec 01 2018
Muhyiddin mengingatkan penganjur dan peserta Himpunan Jihad Perkasa agar berhimpun secara aman dan sentiasa mematuhi undang-undang. -Gambar fail
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Harga siling minyak masak diturunkan, berkuat kuasa 8 September - Annuar
Harga siling minyak sawit botol lima kilogram diturunkan kepada RM33.50 daripada RM34.70 bermula 8 Sept hingga 7 Okt, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.
Tangani isu harga barang: 'Tindakan kerajaan lucu, lawak' - Mahfuz
Mahfuz berkata, kewujudan beberapa pasukan khas sebelum ini belum menampakkan sebarang perubahan atau hasil dalam menangani isu berkenaan.
Pengorbanan patuhi SOP satu jihad besar - Muhyiddin
Pengorbanan dalam mematuhi SOP bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 merupakan jihad besar di sisi Allah SWT dalam ikhtiar untuk menyelamatkan nyawa, kata Perdana Menteri.
Ratusan kakitangan Facebook tuntut pihak atasan tidak sekat kandungan pro-Palestin
Surat tersebut telah menerima kira-kira 174 tandatangan tanpa nama membabitkan pekerja-pekerja yang tidak berpuas hati dengan pihak atasan.
Media sosial 'senjata' Abdallah berjihad lawan rejim Zionis
Lelaki berusia 35 tahun itu menetap di Kampung Pantai Cahaya Bulan sejak 2014 selepas mendirikan rumah tangga dengan wanita tempatan.
Pertahan, bebaskan Palestin adalah satu kewajipan umat Islam - Hadi Awang
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah itu berkata Allah SWT mewajibkan umat Islam agar turut serta berjihad mengikut kemampuan masing-masing.
Kenapakah kesengsaraan warga Palestin masih berterusan?
Mungkin ada yang berpendapat kesengsaraan warga Palestin adalah hasil tindakan tentera Hamas yang melancarkan serangan roket ke arah Israel.
Konflik di Gaza: Angka korban rakyat Palestin meningkat kepada 30
Serangan udara oleh Israel berterusan manakala Hamas membalas dengan menembak roket ke Tel Aviv.
Ajaran Asmaul Husna dikesan masih aktif di Kelantan, giat rekrut ahli di media sosial
Pengasas ajaran berkenaan kini beralih merekrut pelajar lepasan pusat pengajian tinggi, bahkan ada di antaranya memegang ijazah PhD.
Kalau sedih... tangis dan doalah ubatnya - Ebit Lew
Kata pendakwah bebas, Ebit Lew, hanya Tuhan tempat mengadu yang terbaik tatkala jiwa dan raga berada dalam kelukaan yang dalam.