KOTA KINABALU: Orang awam diminta memberikan maklumat lengkap semasa membuat panggilan kecemasan agar pihak 'responder' di hospital di Sabah dapat bertindak dengan kadar yang munasabah, kata Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Rose Nani Mudin.
Beliau berkata pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sentiasa komited dalam memastikan perkhidmatan dan penyampaian rawatan berada pada tahap terbaik terutamanya usaha untuk menyelamatkan nyawa.
Dr Rose Nani berkata dalam isu kelewatan ambulans yang dibangkitkan sebuah akhbar tempatan pada 5 Mei lepas, jabatan ini telah membuat siasatan dengan meneliti data masa sebenar di pangkalan data Malaysia Emergency Response Services 999 (MERS 999).
"Hasil penelitian data berkenaan mendapati bahawa MERS 999 telah menerima panggilan telefon pada masa 12.06 tengah hari daripada seorang pemanggil, namun talian terputus semasa proses penyambungan daripada MERS 999 Regional Center (Regional Center) ke Medical Emergency Call Center Hospital Queen Elizabeth (MECC) untuk proses verifikasi kes dan mendapat maklumat lanjut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dr Rose Nani berkata sebanyak enam cubaan panggilan semula kepada pemanggil dibuat oleh Regional Center dan MECC dari 12.07 tengah hari hingga 12.19 tengah hari tetapi pemanggil tidak dapat dihubungi semula menyebabkan ambulans tidak dapat diaktifkan disebabkan maklumat lokasi yang tidak jelas.
"Pada 13.01 tengah hari, MERS 999 menerima panggilan kedua daripada pemanggil lain dengan maklumat lengkap telah diperoleh. Pasukan responder dari Hospital Queen Elizabeth 2 telah diaktifkan pada 13.04 tengah hari dan telah tiba di tempat kejadian pada 13.16 tengah hari.
"Semasa tiba di tempat kejadian, pasukan responder mendapati pesakit berusia 54 tahun tidak mempunyai tanda-tanda hidup dan pengesahan kematian telah dibuat oleh pegawai perubatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 06 2022
Dr Rose Nani berkata, pihak JKNS sentiasa komited dalam memastikan perkhidmatan dan penyampaian rawatan berada pada tahap terbaik terutamanya usaha untuk menyelamatkan nyawa. - Gambar fail/BERNAMA
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Cuaca panas: JBPM Melaka kenal pasti 30 kawasan berisiko pembakaran terbuka
JBPM Melaka kenal pasti 30 lokasi kawasan berisiko alami pembakaran terbuka, susulan cuaca panas atau fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini.
Tiga lemas mandi di kolam latihan tentera
Dua kanak-kanak lelaki dan seorang remaja lelaki lemas selepas mandi di kolam latihan kereta kebal di sebuah kem tentera di Temerloh dekat sini hari ini.
Ambulans dalam perjalanan ambil pesakit terlibat kemalangan
Sebuah ambulans yang dalam perjalanan mengambil pesakit di sebuah rumah, terlibat dalam kemalangan dengan kereta jenis Perodua Kancil dalam kejadian di KM 6.6 Jalan Pantai, Port Dickson.
SAR remaja dikhuatiri lemas di Teluk Senangin disambung esok
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Senangin, Lumut ditangguhkan hari ini dan akan disambung esok.
JBPM terima 1,595 panggilan kecemasan lemas dalam tempoh lima tahun
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima sejumlah 1,595 panggilan kecemasan, bagi kes lemas untuk tempoh lima tahun mulai 2018 hingga 2022.
Sepuluh terselamat, bot terbakar di Teluk Tokyo Jepun
Seramai sepuluh orang berjaya diselamatkan selepas sebuah bot yang dinaiki terbakar di Teluk Tokyo pada Rabu, menurut Pengawal Pantai Jepun.
Lelaki warga Nepal lemas, jatuh tasik ketika kutip bola golf
Seorang lelaki warga Nepal ditemukan lemas selepas disyaki terjatuh ke dalam tasik ketika mengutip bola golf di sebuah kelab golf di Kempas Lama di sini, pada Khamis
Panggilan 911 dedah pembantu juruterbang mungkin terjun pesawat
Charles Hew Crooks itu melompat dari sebuah pesawat ringan tanpa memakai peralatan payung terjun.
JBPM N.Sembilan terima 119 panggilan kecemasan sepanjang Op Aidilfitri
33 panggilan membabitkan kebakaran dan 86 panggilan berhubung penyelamatan dan khidmat kemanusiaan.
Beri maklumat lengkap semasa buat panggilan kecemasan - Pengarah Kesihatan Sabah
Orang awam diminta memberikan maklumat lengkap semasa membuat panggilan kecemasan agar pihak 'responder' di hospital di Sabah dapat bertindak dengan kadar yang munasabah.