Tan Sri Muhyiddin Yassin hari menggesa anggota Umno memilih calon yang benar-benar boleh memimpin dan memajukan parti pada pemilihan yang akan datang.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno berkata pemilihan kali ini merupakan satu sistem atau saluran untuk menentukan siapa sebenarnya yang ikhlas mahu bekerja dan memperjuangkan parti.
"Mereka itulah yang kita perlu beri kesempatan dan ruang untuk memimpin dan memajukan parti," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa anjuran Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan dan Umno Bahagian Titiwangsa di Masjid Al Imam As Syafie di sini hari ini. Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Menyedari terdapat 'sedikit sebanyak' masalah dalaman Umno, Muhyiddin bagaimanapun yakin ia akan dapat diselesaikan sebelum pemilihan parti yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Pemilihan anggota Majlis Tertinggi Umno dijadual berlangsung pada 5 Okt ini.
Pemilihan jawatan tertinggi bagi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri pula akan diadakan secara berasingan pada 28 Sept ini.
Menyentuh mengenai pengundi bandar, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata anggota parti perlu melipatgandakan kerja sepanjang masa untuk meraih sokongan yang lebih besar daripada pengundi di Wilayah Persekutuan.
"Ini sepatutnya kita mulakan sejak selepas pilihan raya umum dan dilakukan sepenuh masa.
"Jika kita serius untuk tangani masalah pengundi bandar, kita jangka sikap mereka akan lebih baik pada tahun-tahun akan datang...jika kita ambil mudah, cuma berdoa dan berharap sokongan apabila tiba masa pilihan raya, itu pilihan yang silap dan (parti) mungkin tak mampu bertahan," katanya.
Muhyiddin berkata prasyarat untuk mengembalikan kekuatan parti adalah hubungan yang akrab, kerjasama yang erat dan perpaduan yang jitu antara kepimpinan sama ada di peringkat tertinggi mahupun di peringkat akar umbi.
Katanya beliau yakin kerjasama seperti itu akan menjadikan Umno dan BN khususnya di Wilayah Persekutuan lebih kukuh dan mantap.
"Selaku Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden Umno, saya akan beri sokongan yang termampu untuk melihat Wilayah Persekutuan terus maju dan mencapai kejayaan pada masa akan datang," katanya.
Muhyiddin kemudiannya menyampaikan sumbangan kepada wakil masjid-masjid di Wilayah Persekutuan serta anak-anak yatim, sebelum berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib bersama para tetamu.
Bernama
Sat Aug 03 2013
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
UMNO Selangor ambil alih proses pemilihan sayap wanita Tanjong Karang
Sulaiman berkata, pemilihan yang diadakan pada 27 Julai ini diharap berjalan lancar dan dalam keadaan terkawal.
Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru 27 Mei ini - Khaled
Mohamed Khaled berkata setakat ini tiada pindaan tarikh dan lokasi pemilihan yang telah ditetapkan.
Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diadakan 27 Mei ini
Abdul Halim berkata, lokasi pemilihan masih belum dimuktamadkan kerana ia tertakluk kepada Shahrir Samad.
Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diambil alih UMNO Johor - Mohamed Khaled
Mohamed Khaled berkata, Setiausaha Badan Perhubungan Datuk Abdul Halim Suleiman akan dipertanggungjawab mengendalikan pemilihan.
Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.
UMNO Sabah terima laporan insiden kekecohan dalam pemilihan - Bung Moktar
UMNO Sabah telah menerima laporan beberapa insiden kekecohan yang berlaku pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di negeri ini, Sabtu lepas.
"Saya ibarat boneka" - Pengerusi Tetap UMNO Kubang Pasu umum letak jawatan
Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kubang Pasu, Zulkifli Md Isa membuat kejutan apabila mengumumkan meletak jawatan secara serta-merta, hari ini.
Pemilihan UMNO: Ini senarai barisan kepimpinan sesi 2023-2026
Keputusan penuh bagi jawatan yang dipertandingkan dalam pada Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 telah disahkan, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Nazifuddin harap tiada perbalahan selepas menang Ketua UMNO Bahagian Langkawi
Datuk Mohd Nazifuddin Najib berharap mereka yang tewas pada pemilihan bahagian tersebut terus bersama bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).
Pemilihan UMNO: 54 muka baharu terpilih jadi ketua bahagian
Hampir 30 peratus atau 54 muka baharu yang terpilih sebagai Ketua UMNO Bahagian dalam pemilihan kali ini.