awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
15/11/2023
15:54 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 November 2023.
1. Tentera Israel serbu Hospital Al-Shifa di Gaza
Tentera Israel menyerbu Hospital Al-Shifa di Bandaraya Gaza pada awal Rabu.
2. Israel dakwa sudah mengepung Kota Gaza
Israel mendakwa tenteranya sudah mengawal kota Gaza setelah menewaskan kumpulan pejuang Islam Hamas di Semenanjung Gaza.
3. Israel selar Setiausaha Agung PBB, dakwa berat sebelah
Menteri Luar Israel, Eli Cohen menyelar Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres dan mendakwa beliau tidak layak untuk menerajui pertubuhan global itu.
4. Menteri Pertahanan ketengahkan pendirian Malaysia mengenai konflik Gaza pada mesyuarat ADMM
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan yang menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-17 dan ADMM-PLus ke-10 di Jakarta pada Rabu, menyuarakan kebimbangan mendalam Malaysia berhubung situasi di Gaza dan keperluan gencatan senjata segera.
5. Hospital kanak-kanak di Gaza kini tidak berfungsi
Pengarah Hospital Kanak-Kanak Al-Rantisi di Gaza pada Selasa berkata bahawa fasiliti kesihatan itu kini telah dikosongkan dan tidak lagi berfungsi.
6. Korea Utara uji peluru berpandu balistik jarak sederhana baharu - KCNA
Korea Utara telah membangunkan enjin bahan api pepejal tujahan tinggi jenis baharu untuk peluru berpandu balistik jarak sederhana, Xinhua memetik laporan rasmi Agensi Berita Korean Central News Agency (KCNA) pada Rabu.
7. Lawatan delegasi Rusia: Jepun pantau situasi di Korea Utara
Jepun kini memantau teliti perkembangan di Korea Utara termasuk lawatan delegasi kerajaan Rusia ke Pyongyang, lapor Sputnik memetik kenyataan Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Hirokazu Matsuno pada Rabu.
8. Turki mungkin lulus keanggotaan Sweden dalam NATO akhir tahun
Proses pengesahan permohonan Sweden untuk menyertai NATO mungkin selesai pada hujung 2023 jika tiada perkara yang boleh menjejaskan keadaan, menurut sumber dari Perhimpunan Agung Kebangsaan Turki, Parlimen negara itu, kepada Sputnik.
9. Braverman sifatkan Sunak sebagai gagal, lemah
Menteri Britain yang dipecat, Suella Braverman melancarkan serangan terhadap Perdana Menteri dengan menuduh Rishi Sunak mengkhianati beliau dan negara, pada Selasa.
10. Greta Thunberg akan didakwa di mahkamah UK
Greta Thunberg akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Westminster London pada Rabu atas dakwaan menjejaskan ketenteraman awam semasa melakukan protes di London, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Topic Berkaitan
#Israel
#Gaza
#Al Shifa
#PBB
#Mohamad Hasan
#Menteri Pertahanan
#Hospital
#Rusia
#Jepun
#Korea Utara
#NATO
#Turki
#UK
#Sunak
#Greta Thunberg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan