awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tangkapan Nicky Liow palsu - Ayob Khan

Bernama
Bernama
24/03/2021
08:57 MYT
Berita tangkapan Nicky Liow palsu - Ayob Khan
Ayob Khan berkata pihaknya masih meneruskan usaha-usaha mengesan suspek itu dengan kadar segera untuk membawanya ke muka pengadilan. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Polis Johor hari ini mengesahkan berita penangkapan Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, yang dipercayai dikehendaki untuk siasatan sindiket pengubahan wang haram dan kesalahan kumpulan jenayah terancang baru-baru ini, adalah palsu.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pihaknya masih meneruskan usaha-usaha mengesan suspek itu dengan kadar segera untuk membawanya ke muka pengadilan.
"Pihak polis Johor ingin menegaskan kepada orang ramai untuk tidak menularkan ataupun menyebarkan sebarang berita tidak benar tanpa merujuk kesahihannya kepada pihak yang bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai berita penangkapan Liow yang tular sejak semalam menerusi media sosial.
Ahad lepas, Ayob Khan dipetik sebagai berkata pihaknya sedang mengesan suspek berumur 33 tahun itu.
Alamat terakhir Liow ialah di Trigon Residence Unit 1009, Puchong, Selangor dan merupakan pengasas Winner Dynasty Group dan suspek dikehendaki untuk siasatan di bawah Seksyen 130 V hingga 130 ZB Kanun Keseksaan bagi kesalahan kumpulan jenayah terancang.
Suspek dipercayai terbabit dalam sindiket yang terlibat dengan banyak penipuan./p
- BERNAMA -
Topic Berkaitan
#Nicky Liow Soon Hee
#ayob khan mydin pitchay
#pengubahan wang haram
#media sosial
#sindiket
#siasatan
#Tular
#jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan