JENAZAH anak kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Allahyarham Andre Mikhail telah selamat dikebumikan pada pukul 10.40 pagi di Tanah Perkuburan Ukay Perdana, Ampang, Selangor, hari ini.
Pengebumian Andre atau nama sebenarnya Andre Mikhail Khairil Izhar, 23, berjalan dengan lancar dan dihadiri kira-kira 300 orang terdiri daripada keluarga, kawan rapat dan rakan selebriti.
Advertisement
Suasana menjadi sebak ketika Amyza memberi penghormatan terakhir buat anak tercinta.
Antara rakan selebriti yang turut hadir termasuklah Datin Sri Umie Aida, Datuk Fizz Fairuz, Didie Alias, Fauziah Nawi, Lisdawati, Ieda Moin, Norman Hakim, Zed Zaidi dan ramai lagi.
Terdahulu, Andre Mikhail dimaklumkan telah mengembuskan nafas terakhir selepas hampir setahun bertarung melawan kanser paru-paru tahap tiga.
Allahyarham difahamkan telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar pukul 10.30 malam.
Berita sedih itu diumumkan sendiri oleh Amyza menerusi kemas kini di Instagram Stories semalam.
Untuk info, Februari tahun lalu, Amyza berkongsi khabar duka apabila Andre disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga.
Selang setahun, anak keduanya, Adrian Adam, 18, pula disahkan menghidap kanser tulang dan perkhabaran duka itu dikongsi oleh aktres itu di platform media sosialnya sehingga mengejutkan ramai. - Gempak