Skip to main content

Politik

PRN Negeri Sembilan: Calon Menteri Besar BN diputuskan selepas pilihan raya

JALAL MANIFESTO BN_Astro AWANI
BN, kata Jalaluddin, mempunyai beberapa calon dan tidak kekurangan tokoh untuk menerajui kerajaan negeri. - Gambar Astro AWANI
Advertisement

KUALA KLAWANG: Barisan Nasional (BN) belum memutuskan calon Menteri Besar Negeri Sembilan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, kata Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Beliau berkata, keputusan calon Menteri Besar akan ditentukan oleh kepimpinan tertinggi Barisan Nasional selepas gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri.

“Kita ada beberapa calon dan kita tidak kekurangan tokoh untuk menerajui kerajaan negeri.

“Tentunya apabila kita sudah mencapai kejayaan, kepimpinan Barisan Nasional akan menentukan siapakah yang layak dipilih sebagai Menteri Besar bagi mengetuai kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas proses penamaan calon PRN Negeri Sembilan, di sini, hari ini.

Mengulas sama ada beliau akan mengumumkan nama calon Menteri Besar lebih awal, Jalaluddin berkata, perkara itu bukan di bawah bidang kuasanya, sebaliknya akan diumumkan oleh kepimpinan tertinggi Barisan Nasional pada masa yang sesuai.

Must Watch Video

Advertisement