Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Ogos 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Ogos 2026.

  1. Kerajaan teliti penambahbaikan mesin pengimbas di lapangan terbang

    Kerajaan akan meneliti penambahbaikan mesin pengimbas di lapangan terbang di seluruh negara sebagai langkah memperkukuh aspek keselamatan dan meningkatkan keberkesanan pemeriksaan bagasi, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

  2. RCI Tabung Haji: JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong demi integriti

    Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mahukan siasatan berhubung dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) dijalankan secara menyeluruh, telus dan tanpa sebarang kompromi. 

  3. Usia 71 tahun bukan halangan, Jamaludin idam lakukan terjunan dari Burj Khalifa

    Faktor usia tidak pernah mematahkan semangat penerjun BASE jump berpengalaman Jamaludin Ismail, 71, untuk terus mencabar kemampuan diri, malah menyimpan impian besar untuk melakukan penerjunan dari bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa.

  4. PH sambut baik keterbukaan BN runding agihan kerusi di Melaka - Fahmi

    Keterbukaan berkenaan juga wajar disantuni demi masa depan serta kestabilan politik Melaka, selain kepentingannya terhadap negara.

  5. Buat masa ini, Bersatu masih anggota PN - Ahmad Samsuri

    Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih kekal sebagai parti komponen Perikatan Nasional (PN) setakat 9 Ogos.

  6. Penjualan aset Felda: Ahmad Shabery bimbang PM terima maklumat kurang tepat

    Beliau berkata sepanjang tempoh beliau menerajui Felda sehingga akhir Jun lalu, tidak ada permohonan dikemukakan untuk menjual hotel milik agensi berkenaan di London.

  7. Palestin puji ketegasan Malaysia tolak jadi laluan transit dagangan ke Israel

    Kedutaan Palestin di Malaysia memuji dan menghargai penegasan terbaharu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Malaysia tidak akan membenarkan wilayahnya digunakan sebagai laluan transit bagi perdagangan yang menuju ke Israel.

  8. PDRM nafi kenyataan palsu dikaitkan dengan Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan mengenai sidang media khas oleh Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ibrahim Darus berhubung pelaksanaan suatu operasi pasukan itu yang tular di media sosial baru-baru ini.

  9. PM beri komitmen persempadanan DUN Sarawak, minta laporan SPR - Fahmi

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan laporan terkini berhubung cadangan persempadanan semula bagi menambah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

  10. JDT terlepas kemenangan, gol sendiri Glauder selamatkan maruah Chelsea

    Stadium Sultan Ibrahim sekali lagi bergema dengan aksi sengit apabila Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 3-3 ketika menentang Chelsea dalam perlawanan persahabatan antarabangsa.

Must Watch Video

Advertisement