Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Ogos 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Ogos 2026. 

  1. Tiga beranak maut dilanggar lori Jabatan Imigresen di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur

    Tiga sekeluarga maut selepas dilanggar sebuah lori Jabatan Imigresen Malaysia dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, di ibu negara, awal pagi Rabu.

  2. Bekas CEO bank pelaburan didakwa tipu RM139.8 juta

    Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah bank pelaburan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan menipu berhubung pembayaran RM139.8 juta kepada sebuah syarikat pengurusan universiti swasta.

  3. Dakwaan KDN beri kewarganegaraan kepada warga asing tidak benar - Saifuddin Nasution

    Dakwaan kononnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan kewarganegaraan secara borong kepada warga asing, dan 1.2 juta rakyat China tidak keluar dari Malaysia adalah tidak benar.

  4. Tiada keterangan mencukupi dakwa Xavier, siasatan SPRM selesai

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan berhubung kes melibatkan bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Dr Xavier Jayakumar yang dibuka pada 2021 telah selesai.
  5. Dakwaan buli: Ejek-mengejek dipercayai punca pelajar tingkatan tiga dipukul - Polis

    Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata kejadian itu turut menyebabkan mangsa berisiko mengalami masalah pendengaran.

  6. "Saya sangat ingin luahkan" - Camilla akui sukar rahsiakan diagnosis kanser Raja Charles

    Ratu Britain, Camilla, buat pertama kali mendedahkan betapa sukar untuk beliau merahsiakan diagnosis kanser suaminya, Raja Charles, sebelum perkara itu diumumkan pada Februari 2024.

  7. PM arah Kementerian Kewangan kaji cadangan sistem percukaian hibrid SST-GST

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Kewangan menjalankan kajian penuh berhubung cadangan memperkenalkan sistem percukaian hibrid yang menggabungkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

  8. Piala Srikandi Merdeka: Nama Lim You jadi sebutan selepas jaring 7 gol dalam aksi menentang Arab Saudi

    Nama pemain muda negara, Lim You menjadi sebutan apabila mempamerkan aksi luar biasa dengan meledak tujuh gol untuk membantu skuad Malayan Tigress Bawah 17 Tahun (B-17) membelasah Arab Saudi 9-0 pada aksi Piala Srikandi Merdeka 2026 di Super Soccer Arena, Kudus, Indonesia pada Selasa.

  9. Tiga maut dilanggar lori Imigresen: Kertas siasatan nahas dirujuk ke AGC esok

    Kertas siasatan kemalangan membabitkan lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur yang mengorbankan tiga sekeluarga dan seorang lagi cedera awal pagi tadi, akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara (AGC) esok.

  10. PM Anwar ziarah tiga tokoh ulama dunia Islam

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi tiga tokoh ulama besar dunia Islam yang kini berada di Malaysia, di sebalik kesibukan jadual hariannya.
     

 

Must Watch Video

Advertisement