MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 6 Jun 2020. - Astro AWANI
ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 6 Jun 2020.
1) COVID-19: 37 kes baharu, 25 pulih dan satu kematian dilaporkan
37 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah 8,303 kes.
2) COVID-19: Sukar tentukan punca kematian - Dr Noor Hisham
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sukar untuk menentukan punca kematian pesakit sama ada ia disebabkan oleh COVID-19 atau komplikasi jangkitan virus tersebut.
3) KKM jangka tiada kenaikan kes mendadak di 4 kluster DTI
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan tidak akan berlaku kenaikan mendadak kes COVID-19 di empat kluster Depot Tahanan Imigresen (DTI) seperti yang berlaku tiga hari lalu.
4) Gunting rambut: KKM pantau peningkatan kes mendadak
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan akan terus memantau peningkatan kes susulan pembukaan pelbagai sektor ekonomi termasuk kedai gunting rambut yang dijangka beroperasi pada 10 Jun ini.
5) PKPB: Harga gunting, dandan rambut dijangka naik antara RM3-RM10
Harga perkhidmatan gunting rambut di seluruh negara dijangka meningkat antara RM3 hingga RM10 susulan pengusaha kedai gunting dan dandan rambut terpaksa menampung kos operasi sebaik sahaja ia mula beroperasi pada 10 Jun ini.
6) PKPB: Lebih ramai akan dibenarkan solat jemaah di masjid - Ismail Sabri
Kerajaan pada dasarnya bersetuju membenarkan lebih ramai jemaah menunaikan solat di masjid, bergantung kepada keluasan rumah ibadat itu.
7) JAIS: Kursus pra-perkahwinan secara dalam talian
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan untuk melaksanakan Kursus Pra-perkahwinan Islam (KPPI) secara dalam talian bermula 13 Jun depan.
8) Sah! Wan Zul tinggalkan Petronas
Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin sebagai Pengerusi baharu syarikat Malaysia Airlines Berhad (MAB) manakala Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan baharu Petroliam Nasional Berhad (Petronas).
9) Penggiat seni perlu buang jangkaan, cara pemikiran lama - Tiara Jacquelina
Semua penggiat seni perlu membawa kreativiti masing-masing ke tahap berbeza dalam usaha memastikan hasil karya mereka dapat dipersembahkan kepada umum ketika situasi ekonomi negara tidak menentu.
10) Kerana malu, empat beranak cuba bunuh diri guna gas LPG
Angkara mahu menutup malu kerana terlibat dengan aktiviti penipuan sebelum ini, empat beranak nyaris maut apabila cubaan mereka untuk membunuh diri dengan melepaskan gas LPG di kediaman mereka, berjaya 'dipatahkan' pihak polis dan bomba.

#COVID-19
#ekonomi
#Kementerian Kesihatan
#kes positif
#KKM
#koronavirus
#Malaysia
#Perdana Menteri
#Petronas
#PKPB