ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 13 Jun 2020.

1) Laporkan kepada PDRM, KKM jika ada kes pemalsuan ujian COVID-19

Orang ramai digesa membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika mengetahui mengenai sindiket penipuan pemalsuan keputusan ujian COVID-19.

2) Pejabat permohonan pasport di UTC beroperasi semula 15 Jun

Kesemua pejabat permohonan pasport Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Urban Transformation Centre (UTC) akan beroperasi semula mulai 15 Jun (Isnin) ini.

3) Pengembara berdepan tindakan jika tanggal gelang tangan kuarantin

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan pengembara yang pulang dari luar negara dan diarahkan kuarantin wajib 14 hari agar sentiasa memakai gelang tangan sepanjang tempoh pengawasan dan pemerhatian di rumah.

4) 416 kakitangan barisan hadapan KKM positif COVID-19

Seramai 416 kakitangan barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilaporkan positif COVID-19.

5) COVID-19: 43 kes baharu, 143 pulih dan satu kematian

43 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,445 kes, ujar Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

6) Mungkin ada 'Kluster Gunting Rambut' jika ramai positif COVID-19

Malaysia mungkin mempunyai Kluster Gunting Rambut jika berlaku peningkatan kes jangkitan daripada seorang penggunting rambut warga Pakistan yang disahkan positif COVID-19 semalam.

7) Buat penilaian kendiri apabila pulang ke kampung - Ismail Sabri

Orang ramai yang pulang ke kampung halaman perlu membuat penilaian kendiri dalam memastikan diri dan ahli keluarga mereka berada dalam keadaan yang selamat.

8) Trafik lancar, pergerakan kenderaan meningkat di PLUS dan Karak

Aliran trafik di lebuh raya dan jalan-jalan utama di seluruh negara lancar pada hari ketiga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

9) Kerajaan rakam penghargaan, jawatankuasa masjid berjaya patuh SOP

Kerajaan pada Sabtu merakamkan penghargaan kepada jawatankuasa masjid dan semua jemaah yang berjaya mematuhi garis panduan pelaksanaan solat Jumaat yang berlangsung semalam.

10) Asingkan diri walaupun ketika kuarantin di rumah

Individu yang dikenakan perintah kuarantin di rumah perlu mengasingkan diri daripada ahli keluarga mereka sehingga ujian swab kedua mengesahkan mereka negatif COVID-19.