Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu,8 Julai 2020.
1.COVID-19: Tiga kes baharu, jumlah kematian kekal 121
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan tiada sebarang kes baharu yang membabitkan kes penularan dalam negara dikesan hari ini. Kesemua tiga kes baharu yang direkodkan pada Rabu (8 Julai 2020) merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
2. COVID-19: Berita gembira, kluster Sri Petaling diisytihar tamat
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan berita gembira selepas kluster terbesar negara, iaitu kluster Sri Petaling diisytiharkan tamat selepas tiada sebarang kes COVID-19 dicatatkan. Kes pertama membabitkan kluster tersebut mula dikesan pada pada 11 Mac lalu.
3. Muhyiddin perlu kembali, diangkat sebagai Presiden UMNO - Nazri Aziz
Ahli Parlimen UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu kembali menyertai UMNO dan mengukuhkan parti terbesar orang Melayu itu. Jelasnya, semua ahli dan pemimpin UMNO perlu bersikap terbuka dan menerima Muhyiddin kembali menyertai parti itu.
4. Tetap jual Kasut Emas: "Masa saya susah tiada siapa yang bantu" - Khalid Jamlus
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Muhamad Khalid Jamlus menegaskan dia akan tetap menjual Kasut Emas miliknya yang dilelong dalam media sosialnya baru-baru ini. Tambah legenda pasukan Perak itu, keputusan sukar tersebut perlu dibuat demi kelangsungan hidupnya.
5. Pelajar IPT mula pengajian pada Oktober 2020 - Noraini
Pelajar institusi pengajian tinggi akan memulakan pengajian mereka semula pada Oktober 2020. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, IPT dan pelajar kini diminta membuat persediaan yang diperlukan mulai dari sekarang.
6. Rakyat Bangladesh puas hati layanan kerajaan Malaysia di pusat kuarantin
Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Wahida Ahmed berpuas hati dengan layanan Malaysia terhadap warga Bangladesh yang dikuarantin akibat COVID-19. Menurutnya, berdasarkan komunikasi bersama rakyatnya, Wahida memaklumkan bahawa mereka yang dikuarantin juga berpendapat sebegitu.
7. Pengarah syarikat pemaju didakwa terbabit pengubahan wang haram RM9 juta
Pengarah sebuah syarikat pemaju didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu, atas pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram bernilai lebih RM9 juta, sejak 2013 hingga 2017.
8. COVID-19: Tindakan efektif Malaysia perlu jadi contoh - Kedutaan Indonesia
Tindakan efektif kerajaan Malaysia dalam menangani penularan wabak COVID-19 harus menjadi contoh kepada semua. Kaunselor Penerangan, Sosial Dan Hal Ehwal Budaya, Kedutaan Besar Indonesia (KBRI) Ke Malaysia, Agung Cahaya Sumirat berkata, kes positif yang kini satu angka menjadi cerminan kepada segala polisi yang dilaksanakan selama ini.
9. 1MDB: Mahkamah benar permohonan kerajaan lucut hak MCA Pahang
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan kerajaan untuk melucut hak wang MCA Pahang berjumlah RM835,258.19 yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dikaitkan dengan skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
10. Sarawak cipta biogas kanji rumbia pertama di dunia
Sarawak bakal lakar sejarah tersendiri apabila berjaya mencipta biogas berasakan kanji rumbia pertama di dunia. Projek yang sedang diusahakan dengan Craun Research ini telah mendapat kelulusan kerajaan negeri pada Mac 2020.
Astro Awani
Wed Jul 08 2020
10 berita tempatan pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Singapura mahu kukuhkan perkongsian, majukan kepentingan negara, kata PM baharu
Wong berkata kerajaannya akan memperkukuhkan perkongsian "dekat dan jauh" sambil memajukan kepentingan negara di tengah-tengah persaingan dan ketegangan yang meningkat di arena antarabangsa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.
Kadar rizab tenaga di Semenanjung diunjur 28-36 peratus bagi tahun 2024-2030
Kadar rizab margin tenaga di Semenanjung bagi tahun 2024 hingga 2030 diunjurkan antara 28 hingga 36 peratus.
LADA sasar ketibaan tiga juta penumpang ke Langkawi tahun ini
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan untuk meningkatkan ketibaan penumpang ke Langkawi kepada tiga juta tahun ini, selepas mencapai kira-kira 2.82 juta ketibaan penumpang pada 2023.
Jumlah pelancong Turki ke Malaysia meningkat 10.8 peratus
Jumlah pelancong Turkiye yang datang ke Malaysia dari Januari hingga November 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus atau 15,623 orang berbanding 14,096 bagi tempoh sama pada 2019.
UMNO junjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah
UMNO menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.
PM yakin rakyat rasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah
Anwar yakin bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan Seri Paduka.