ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 13 September 2020.
1) PKPDP Amanjaya: Proses potong gelang di Zon Mawar, Melor ditangguhkan
Proses pemotongan gelang kuarantin di dua zon yang terletak dalam kawasan penguatkuasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat secara Pentadbiran (TEMCO) Amanjaya iaitu di Zon Mawar dan Melor yang dijadualkan hari ini terpaksa ditangguhkan.
Menurut kenyataan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda, ia susulan pemakluman yang diterima Bilik Gerakan berkenaan notifikasi kes baharu COVID-19 yang melibatkan kedua-dua zon berkenaan.
2) Beza usia 34 tahun bukan halangan Zaleha menikahi Ashraf
Beza usia 34 tahun bukan halangan buat Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin, Datuk Zaleha Bujang dan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Ashraf untuk mendirikan rumah tangga.
Zaleha yang berusia 62 tahun dan Ashraf, 28, disatukan pada Jumaat lalu.
3) Lelaki, tunang ditahan kerana peras ugut sebar gambar bogel
Perbuatan seorang wanita berkongsi gambar dan video bogel dengan bekas teman lelakinya membawa padah apabila menjadi mangsa peras ugut selepas telefon lelaki itu 'hilang'.
'Episodnya' bermula apabila mangsa yang berusia 21 tahun itu menerima mesej daripada nombor tidak dikenalinya pada 31 Mei lalu yang memaklumkan ada menyimpan gambar bogelnya dan meminta wanita itu memberi RM1,000 sekiranya tidak mahu gambar-gambar itu disebarkan.
4) Khairuddin sumbang RM50,000 kepada Pas
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang terpalit dengan kontroversi gagal menjalani kuarantin wajib sebelum ini menyumbang RM50,000 kepada Pas pada Ahad.
5) Aktiviti pub, kelab malam terus catat kes ingkar PKP tertinggi
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 512 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 452 individu telah dikompaun manakala 59 lagi direman.
6) PRN Sabah: BN sekutu bertembung adalah politik norma baharu - Bung Moktar
Pertembungan 17 kerusi melibatkan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) disifatkan politik norma baharu, kata Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Beliau yang juga Pengerusi BN Sabah berkata, apa yang dilakukan pihaknya adalah untuk memastikan calon yang ditampilkan menang pada Pilihan Raya Negeri Sabah hujung bulan ini.
7) COVID-19: Jumlah positif menurun kepada 47 kes
Kes jangkitan baharu COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan penurunan sejak 24 jam lalu dengan angka yang dilaporkan hari ini ialah 47 berbanding 58 pada Sabtu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 45 kes merupakan penularan tempatan manakala dua kes adalah jangkitan luar negara.
8) COVID-19: PKPD Secara Pentadbiran di Zon Melur dilanjutkan hingga 27 September
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran yang dilaksanakan di Aman Jaya, Kedah iaitu di Zon Melur akan dilanjutkan sehingga 27 September ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan itu dikuatkuasakan selepas terdapat 12 kes positif COVID-19 di zon berkenaan pada saringan kali kedua.
9) Warga Bangladesh maut terjerumus dalam tangki kumbahan minyak sawit
Seorang lelaki warga Bangladesh maut, selepas terjatuh ke dalam tangki kumbahan minyak sawit ketika melakukan kerja pemasangan paip bomba di sebuah kilang pemprosesan hasil sawit di Jasin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi, mangsa yang berusia 39 tahun dikatakan berada di atas bumbung sebelum secara tiba-tiba terjatuh ke dalam tangki setinggi 4.5 meter.
10) Kedai makan, serbaneka di Kuala Lumpur boleh beroperasi hingga 2 pagi
Kedai makan dan kedai serbaneka di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dibenarkan beroperasi sehingga pukul 2 pagi mulai Isnin.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan itu dibuat selari dengan pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis.
Khairunnisa Kasnoon
Sun Sep 13 2020
Berikut adalah antara berita dalam negara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Lebih 24 jam padam kebakaran kebun sawit
Bomba terpaksa mengambil masa lebih 12 jam untuk kerja pemadaman api di kebun kelapa sawit seluas hampir empat hektar berhampiran Saujana Permai, dekat Sungai Petani.
Bunuh pemilik bengkel kereta, empat lelaki direman
Mangsa yang berusia 33 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, dada dan tangan.
PKPD Amanjaya: 4,148 keluarga terima bantuan fasa pertama JKM
Antara yang diagihkan dalam program fasa pertama itu adalah beberapa barang keperluan termasuk beras, minyak masak, gula dan kopi.