MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berita tempatan yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 13 Oktober 2020.
TINDAKAN ANWAR KE ISTANA NEGERA
Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai sokongan lebih daripada 120 Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baharu menggantikan Perikatan Nasional.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Anwar hanya mengemukakan jumlah ahli Parlimen dan tiada sebarang nama bagi mengukuhkan dakwaan beliau sebelum ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya pada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan menyerahkan kepada Baginda berhubung tindakan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan dokumen sokongan yang dikatakan memiliki majoriti untuk membentuk kerajaan baharu.
UMNO belum berbincang mengenai pendirian parti itu terhadap dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan Ahli Parlimen untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu.
PKPB DI LEMBAH KLANG
Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengadakan mesyuarat khas pada pagi Selasa bagi membincangkan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, tindakan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor sebagai langkah pencegahan awal bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19.
Menerusi sidang media, Ismail Sabri menyenaraikan beberapa SOP digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk kawasan tersebut selepas mereka mengadakan mesyuarat khas pada pagi Selasa.
PERKEMBANGAN COVID-19 DI MALAYSIA
Sebanyak 660 kes baharu COVID-19 direkodkan pada Selasa, menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 16,880 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, empat adalah di Sabah selain masing-masing satu di Selangor dan Pulau Pinang.
Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Reman Pulau Pinang dan kuarters kakitangannya bermula tengah malam Khamis ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami