awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Senarai calon Exco baharu dipersembah kepada Raja Perlis minggu depan - MB
Cinebench 2026 dilancar dengan ujian penanda aras lebih tepat
Zohran Mamdani angkat sumpah Datuk Bandar NYC Muslim pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB: Langkah pencegahan awal bagi elak penularan jangkitan - PM

Essan Yahya, Fauzi Suhaimi
Essan Yahya, Fauzi Suhaimi
13/10/2020
10:55 MYT
PKPB: Langkah pencegahan awal bagi elak penularan jangkitan - PM
Tindakan PKPB itu susulan peningkatan kes di beberapa kawasan zon kuning seperti mana yang dilaporkan sebelum ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA:Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, tindakan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor sebagai langkah pencegahan awal bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19.
Perdana Menteri berkata, perkara itu susulan peningkatan kes di beberapa kawasan zon kuning seperti mana yang dilaporkan sebelum ini.
"Di Selangor, sebelum keputusan akhir untuk melaksanakan PKPB, kita telah laksanakan PKPB di beberapa kawasan.
"Tetapi berdasarkan pemerhatian beberapa hari lalu, kita dapati kawasan zon kuning seperti di Gombak dan Hulu Langat ada berlaku jangkitan virus itu.
"Jadi untuk kawalan awal, ini merupakan langkah terbaik yang dilakukan Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya dalam sidang media khas melalui video di sini pada Selasa.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin mengumumkan kerajaan akan melaksanakan PKPB di semua kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula tengah malam ini.
Ditanya mengapa kerajaan tidak melaksanakan PKPB di kawasan zon merah, Muhyiddin berkata, perkara itu merupakan langkah proaktif bagi mengekang penularan virus berkenaan.
"Jangan sudah terhantuk baru nak tergadah, kalau kita tidak ambil langkah segera, lagi susah dan langkah begini akan kita laksanakan jika perkara sama berlaku di lain-lain negeri," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#ismail sabri yaakob
#COVID-19
#PKPB
#Majlis Keselamatan Negara
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan