awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Makan di kedai dibenarkan, rentas daerah dilarang.. Ini antara SOP PKPB

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
13/10/2020
08:30 MYT
Makan di kedai dibenarkan, rentas daerah dilarang.. Ini antara SOP PKPB
MKN mengadakan mesyuarat khas pada pagi Selasa bagi membincangkan SOP PKPB untuk Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengadakan mesyuarat khas pada pagi Selasa bagi membincangkan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selepas selesai perbincangan, beberapa SOP telah ditetapkan dan harus dipatuhi penduduk di kawasan terjejas.
Berikut antara SOP yang ditetapkan seperti diumumkan Ismail Sabri pada Selasa:
1) Polis akan mengadakan sekatan jalan raya di kawasan tempat jangkitan dengan bantuan agensi lain termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
2) Pergerakan rentas daerah melibatkan kawasan yang dikenakan PKPB adalah dilarang namun ada pengecualian kepada mereka yang bekerja di luar daerah.
3) Rentas daerah juga dibenarkan membabitkan kes kecemasan, pengurusan jenazah di luar daerah namun perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada polis.
4) Dibenarkan makan di restoran dan kedai namun hanya dua orang dibenarkan pada satu masa.
5) Mendirikan solat jemaah di masjid dibenarkan hanya dengan enam jemaah yang dipilih oleh pengurusan masjid. Perkara sama terpakai kepada rumah ibadat agama lain.
6) Semua aktiviti riadah tidak dibenarkan. Sukan jenis e-sport, tidak bersentuhan, sukan aktiviti luar tidak melebihi 10 orang dibenarkan. Acara sukan dengan kehadiran dengan penonton tidak dibenarkan.
7) Aktiviti hiburan termasuk di kelab malam tidak dibenarkan.
PERINCIAN LANJUT MENYUSUL
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#PKPB
#Selangor
#Kuala Lumpur
#ATM
#sukan
#tentera
#restoran
#makan
#polis
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#SOP
#Putrajaya
#hiburan
#menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan