ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 3 November 2020.
1) Bekas suami Datuk Seri Vida fail tuntutan hadhanah
KOTA BHARU: Bekas suami pertama usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida memfailkan tuntutan hadhanah iaitu hak lawatan, bermesra dan bermalam ke atas dua anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu.
Mohd Amin Yassin, 42, memfailkan tuntutan berkenaan dua minggu lalu dengan pengurusan kes bermula hari ini.
2) Kes positif COVID-19 libatkan petugas media, pegawai Senator - Ketua Pentadbir Parlimen
KUALA LUMPUR: Terdapat dua kes positif COVID-19 yang dikesan hasil ujian saringan yang dijalankan di Parlimen pada Rabu dan Jumaat lepas, kata Ketua Pentadbir Parlimen, Datuk Kamis Samin.
Beliau berkata, dua kes positif itu melibatkan seorang petugas media dan seorang pegawai kepada ahli Dewan Negara.
3) Konkrit hempap kereta: Kontraktor utama, subkontraktor SUKE dikenakan penalti RM180,000
KUALA LUMPUR: Kontraktor utama dan subkontraktor projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi - Ulu Kelang (SUKE) dikenakan penalti berjumlah RM180,000 kerana gagal memastikan keselamatan di tapak pada 19 Sept sehingga menyebabkan kepingan konkrit terjatuh menghempap sebuah kereta.
Menurut Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam satu kenyataan hari ini, kontraktor utama, MRCB Builders Sdn Bhd dikenakan penalti sebanyak RM80,000 manakala subkontraktor, Makna Setia Sdn Bhd, RM100,000.
4) Seremban dikenakan PKPB selama 14 hari
Kerajaan memutuskan untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Seremban, Negeri Sembilan bermula 5 hingga 18 November ini.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Selasa.
5) Suspek utama kes tetak, bunuh rakan bebas dari pengaruh dadah - Polis
KUALA TERENGGANU: Suspek utama kes pembunuhan tragis seorang gadis yang juga rakannya sendiri Ahad lalu bebas dari pengaruh dadah.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata hasil ujian saringan yang dilakukan terhadap suspek yang berusia 19 tahun itu didapati negatif dadah.
6) Tiada keperluan guna Tasik Putrajaya sebagai sumber air alternatif
SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini dimaklumkan bahawa tiada cadangan untuk menggunakan sumber air daripada Tasik Putrajaya sebagai langkah alternatif sekiranya berlaku pencemaran sungai di negeri itu.
Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Ir Izham Hashim berkata walaupun Tasik Putrajaya dijangka mampu membekalkan air kepada Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih untuk tempoh sehingga 17 hari, namun belum ada keperluan untuk menggunakan sumber berkenaan setakat ini.
7) COVID-19: 12 kematian, 1,054 kes baharu direkodkan hari ini
KUALA LUMPUR: Dalam tempoh 24 jam, Malaysia mencatatkan jumlah kes kematian tertinggi iaitu pertambahan sebanyak 12 kes menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik COVID-19 ialah sebanyak 263.
Berdasarkan rekod kematian yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut melibatkan mangsa berusia 14 tahun iaitu kes ke-255.
8) PKPB: Majikan perlu ambil tindakan jika pekerja salah guna surat - Ismail Sabri
PUTRAJAYA: Pekerja yang menyalahgunakan surat kebenaran bekerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk melakukan aktiviti lain boleh dikenakan tindakan tatatertib, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Majikan boleh mengambil tindakan sekiranya mereka ini melanggar tatatertib, menyalahgunakan surat dan sebagainya apabila melakukan perkara yang bukan dituntut dalam perkhidmatan mereka," katanya dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan di sini, pada Selasa.
9) Sabah gesa sukarelawan utamakan SOP, elak jadi agen pembawa virus
KOTA KINABALU: Sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika menyalurkan bantuan kepada penduduk di Sabah.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat negeri, Ir Shahelmey Yahya, berkata kumpulan terbabit juga dinasihatkan bekerjasama dengan jabatan dan agensi kerajaan, terutama bagi penghantaran bantuan ke kawasan zon merah.
10) COVID-19: KKM cadang ujian saringan setiap dua minggu terhadap petugas, ahli Parlimen
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan supaya ujian berkala COVID-19 dibuat dua minggu sekali terhadap petugas dan ahli Parlimen yang bersidang di Dewan Rakyat.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ketika ini ujian berkenaan hanya dibuat tiga hari sebelum sesi persidangan Parlimen bermula.
Khairunnisa Kasnoon
Tue Nov 03 2020
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.