ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 7 Januari 2021.
1. COVID-19: Apa akan jadi jika kes aktif melebihi kapasiti maksimum hospital?
Jumlah kes aktif COVID-19 kini mungkin melepasi kapasiti maksimum Kementerian Kesihatan iaitu sebanyak 23,000 kes untuk ditempatkan di hospital dan pusat kuarantin dan rawatan (PKRC) COVID-19.
2. COVID-19: 3,027 jangkitan baharu, 8 kematian dilaporkan
Penularan pandemik COVID-19 dalam negara terus menunjukkan peningkatan dengan jumlah jangkitan terbaharu dalam tempoh 24 jam adalah sebanyak 3,027 kes.
3. Penolakan pendaftaran Pejuang ada kaitan pengaruh politik - Tun M
Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa keputusan menolak pendaftaran Pejuang ada kaitan dengan pengaruh politik.
4. COVID-19: Sembilan kluster baharu dikesan di Johor, KL, Selangor, Putrajaya, Sarawak
Sehingga 7 Januari 2021, terdapat sebanyak 570 kluster telah dilaporkan termasuk sembilan kluster baharu pada hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
5. Tun M nasihat Muhyiddin letak jawatan
Melihat kerapuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN), bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletak jawatan.
6. Hadir perjumpaan di Lembah Klang, 16 sekeluarga positif COVID-19
Seramai 16 sekeluarga, termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun dari Labis, Segamat didapati positif COVID-19 selepas pulang daripada menghadiri satu perjumpaan keluarga di Lembah Klang.
7. COVID-19: Jumlah kes aktif kini lepasi 25,000, ini perincian sidang media KKM
Malaysia buat pertama kalinya mencatatkan jumlah kes aktif melebihi 25,000 yang mana sejumlah 25,742 kes disahkan setakat ini.
8. Ini lima tumpuan kenyataan media Ismail Sabri, 7 Januari 2021
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, kerajaan ingin menggesa pengusaha dan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan kawalan kendiri termasuk penjarakan fizikal dan kebersihan diri terutamanya dalam aktiviti jual beli barangan keperluan harian, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
9. Letih bantu mangsa banjir, pemuda ini pitam dan terjatuh dari perahu lalu lemas
Kepenatan membantu mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS) menyebabkan seorang lelaki ditemukan lemas selepas dia pengsan dan terjatuh dari perahu di Kampung Manjor, Kuala Krai, pada Rabu malam.
10. Kenapa takut dengan pendaftaran MUDA, soal Syed Saddiq
Menurut Ahli Parlimen Muar itu, jika benar MUDA adalah parti serpihan, parti nyamuk dan tiada sebarang pengaruh, mengapakah sukar untuk meluluskan pendaftaran parti tersebut.
Madiha Abdullah
Thu Jan 07 2021

Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Semua pekerja ladang di Sabah wajib jalani saringan COVID-19
Kerajaan Negeri Sabah mewajibkan syarikat perladangan di negeri ini untuk membuat saringan COVID-19 keatas semua pekerja ladang.

V Shem-Wee Kiong wakil tunggal Malaysia di Terbuka Thailand
Beregu lelaki profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong muncul sebagai penyelamat selepas wakil negara yang lain tersingkir pada Kejohanan Badminton Yonex Terbuka Thailand.

WHO di Wuhan | Siasat asal-usul COVID-19, jangka makan masa lama
Bekas Pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran agar orang ramai tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap tinjauan pasukan WHO di Wuhan, China yang dikatakan bagi menyiasat asal-usul wabak COVID-19.

Gempa Sulawesi | 15 disahkan maut, 15,000 mangsa diarah berpindah keluar
Sekurang-kurangnya 15 maut dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 6.1 pada skala richter di Sulawesi, Indonesia pada 2.28 pagi Jumaat.

Pelanggan sah positif COVID-19, WTC ditutup sementara waktu
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Jumaat mengesahkan salah seorang pelanggannya positif COVID-19.

Harimau dahan betina ditemui mati dipercayai dilanggar kenderaan
Seekor harimau dahan betina dewasa ditemui mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Jalan Tapah-Bidor, Tapah petang semalam. it

PKP 2.0: Toyota, Honda tutup kilang di Malaysia
Dua syarikat automotif dunia, Toyota Motor (Toyota) dan Honda Motor (Honda) menutup operasi di beberapa kilang di Malaysia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19.

Tabung Haji | Jaminan kerajaan kepada TH akan dipertahankan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan Jaminan Kerajaan kepada lebih 9 juta pendeposit tetap Tabung Haji (TH) terus dipertahankan.Jelasnya, perbincangan diantara pihaknya dan Menteri Kewangan sebelum ini hanyalah mengenai isu penstrukturan semula yang bakal membawa keberhasilan yang tinggi kepada Tabung Haji.

Menyamar jadi polis samun warga asing, ditangkap
Polis Seberang Perai Utara (SPU), Pulau Pinang menahan dua lelaki tempatan yang menyamar sebagai anggota polis sebelum bertindak menyamun dan mencuri motosikal warga asing di daerah itu. Kedua dua lelaki berusia 28 dan 29 tahun itu ditahan dalam Op Cantas dan Lejang di Penaga Kepala Batas, Pulau Pinang kira kira jam 9 malam Khamis.

Apa fungsi Jawatankuasa Khas jika Kabinet berfungsi seperti biasa?
Sekiranya Kabinet berfungsi seperti biasa, apa keperluan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi Proklamasi Darurat, soal Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 25 Disember 2020.