KUALA LUMPUR:Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, kerajaan ingin menggesa pengusaha dan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan kawalan kendiri termasuk penjarakan fizikal dan kebersihan diri terutamanya dalam aktiviti jual beli barangan keperluan harian, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau menjelaskan kerajaan juga berharap agar rakyat bukan sahaja terselamat dari bencana banjir, malah juga dari ancaman jangkitan COVID-19.

Berikut adalah lima tumpuan dalam kenyataan media Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Khamis (7 Januari 2021):

1) Pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjalankan 1,449 pemeriksaan khas berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP.

2) Sehingga 6 Januari 2021, seramai 99,573 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

3) Operasi Benteng telah berjaya menahan 49 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 2 tekong serta merampas 7 buah kenderaan darat.

4) Sebanyak 111 sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan pada 6 Januari 2021.

5) 393 individu ditahan pada 6 Januari 2021 atas kesalahan ingkar arahan PKP.