ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 6 Februari 2021.

1. RTB Sungai Bunus 'lupa' diselenggara punca KL terus banjir?

Kali ini, Astro AWANI meninjau status terkini RTB berkenaan yang terletak di kawasan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur di Jalan Semarak, di sini.

2. KPDNHEP akan kemuka permohonan benarkan makan di premis

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengemukakan permohonan supaya aktiviti 'dine-in' atau makan dalam kawasan premis menjual makanan dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

3. Hotel empat bintang buka gerai nasi bajet untuk kelangsungan operasi

Resort empat bintang milik kerajaan negeri Terengganu yang terletak di Pulau Duyong itu mula membuka operasi gerai itu berhampiran Jambatan Sultan Mahmud di sini pada Khamis lepas yang menawarkan aneka lauk berbeza setiap hari antaranya ayam goreng berempah, ikan goreng, gulai lemak ikan masin bersama nanas, sayur goreng, sambal telur dan sambal tenggiri limau.

4. 12 lagi kluster baharu COVID-19 dikenal pasti

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 12 lagi kluster baharu COVID-19 pada hari ini.

5. COVID-19: 3,847 kes baharu, 12 kematian - Dr Noor Hisham

Malaysia merekodkan sebanyak 3,847 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 238,721 kes.

6. Keputusan penstrukturan Malaysia Airlines 10 Februari

Pemajak pesawat milik Malaysia Airlines akan mengundi pada Rabu depan bagi menentukan sama ada skim penstrukturan syarikat itu boleh dijalankan atau sebaliknya, kata syarikat induk Malaysia Aviation Group (MAG) seperti dipetik Reuters.

7. 643 ditahan, 229 pekerja asing positif COVID-19 semalam - Ismail Sabri

Seramai 643 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

8. Ladang Musang King terbesar di dunia? 'Kita akan siasat' - MB Kedah

Kerajaan Kedah akan menyiasat dakwaan penerokaan hutan simpan seluas 12,141 hektar di kawasan Gunung Inas terletak antara Kulim dan Baling yang dikatakan akan menjadi ladang Musang King terbesar di dunia.

9. 604 pekerja positif COVID-19, kilang ayam di Melaka diarah tutup

Sebuah kilang pemprosesan ayam di Serkam, Melaka diarah tutup selepas 604 pekerjanya disahkan positif COVID-19 sejak saringan dilakukan pada 1 Februari sehingga semalam.

10. Zoo Negara tidak lakukan kesalahan jual Rusa Bintik - Perhilitan

Rusa Bintik adalah spesies hidupan liar yang tidak dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716], maka penjualan haiwan itu oleh Zoo Negara kepada pihak lain adalah mematuhi prosedur.

10 Berita Pilihan - (06 Februari 2021)