MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Februari 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Februari 2021.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain memaklumkan tiga individu bergelar 'Tan Sri' dan 'Datuk' disyaki dalang utama kartel dadah di negara ini.
28 individu dan dua pemilik premis futsal dikompaun kerana tidak patuh SOP - Polis
2. 28 individu sedang asyik bermain futsal di sebuah premis di Gombak dikompaun selepas didapati tidak mematuhi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pada Sabtu.
Mahkamah Rayuan di Putrajaya akan mengendalikan prosiding pendengaran rayuan jenayah melalui teknologi komunikasi jarak jauh yang pertama esok, dengan perayu yang juga banduan akan mengikuti prosiding berkenaan dari Penjara Kajang.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa beliau telah menerima Akuan Bersumpah (SD) dari dua Ahli Parlimen pembangkang pada Sabtu.
Anak syarikat milik penuh Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga), Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd (PLS) menyasarkan sebanyak 80,000 dos vaksin akan dibotolkan dalam tempoh sehari.
Dua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan parti itu dan menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyertai solat hajat sempena setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional di Masjid Putra di sini.
Dakwaan yang mengatakan bahawa terdapat 200 Ahli Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan cuba 'memotong barisan' untuk menjadi penerima terawal suntikan vaksin COVID-19 adalah fitnah.
Perisytiharan darurat sama sekali tiada kaitan dengan politik atau untuk membolehkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengekalkan jawatan sebagai perdana menteri sebaliknya langkah itu bagi membolehkan isu COVID-19 diuruskan secara berkesan dan segera.
Individu kenamaan yang bukan bergelar wakil rakyat tidak boleh menjadi penerima vaksin Fasa Pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami