MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 6 Mac 2021.
KUALA LUMPUR: ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 Mac 2021.
Tanggal 6 Mac 1986, tarikh yang memahat sejarah penyatuan dua hati antara Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dari dua negeri.
Kembara Cinta Diraja Seiring Kasih Rakyat: Tak menang tangan tatkala musibah menimpa rakyat
2. SINONIM dengan sifat sopan dalam menyantuni rakyat.
Itu gambaran jelas kepada pasangan diraja, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berlepas ke Arab Saudi untuk lawatan rasmi sulung beliau ke Asia Barat.
Kerajaan dijangka mengumumkan pakej rangsangan baharu dalam masa terdekat bagi membantu memulihkan sektor-sektor ekonomi yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19, kata
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Sebanyak 1,680 jangkitan baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 311,777, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
ktiviti sukan dan rekreasi individu serta berpasukan bagi tujuan kesihatan, kecergasan, latihan, permainan atau perlawanan kini dibenarkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula hari ini.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan penyebaran maklumat berhubung initipati Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, bertarikh 4 Mac 2021 melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook.
Meskipun ada pihak swasta yang berhasrat membeli vaksin COVID-19 melalui kerajaan, namun kerajaan terlebih dahulu perlu memastikan sasaran 80 peratus atau 26.5 juta penduduk dalam negara menerima vaksin itu secara percuma dapat dicapai.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan sekeras-kerasnya tohmahan daripada gabungan beberapa parti politik kononnya agensi penyiasatan itu dijadikan 'senjata politik' dalam melaksanakan tindakannya.
Seorang pemuda berusia 21 tahun dari Kelantan memenangi cabutan istimewa BSN SSP yang membawa pulang simpanan tunai bernilai RM1 juta, umum BSN dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami