ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 April 2021.

1. Rayuan kes SRC Najib masuk minggu kedua

Rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd diteruskan jam 9 pagi ini.

2. Reezal Merican ketuai atlet, pegawai sukan terima suntikan vaksin COVID-19

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican selamat menerima dos pertama vaksin COVID-19 di Kompleks Sukan DBKL, Taman Desa Tasek, pada Selasa.

3. 'Rindu Umi, papa, kakak ... tinggal Adam seorang' - Rintihan anak yatim mangsa nahas Kajang Bypass

Raif Adam Lutfan Remyzan, 7, kini telah bergelar yatim piatu selepas seluruh keluarganya maut dalam kemalangan di Pintasan Kajang atau lebih dikenali sebagai Kajang Bypass.

4. Polis cadang Neelofa, suami dikompaun

Polis menyerahkan kertas siasatan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail atau dikenali sebagai PU Riz kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut berhubung majlis perkahwinan pasangan itu yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

5. Kes COVID-19 meningkat: KKM akan hantar kakitangan tambahan ke Sarawak - Dr Adham

Bagi menampung keperluan menangani penularan pandemik COVID-19 di Sarawak, sekitar 300 hingga 500 kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) akan dihantar ke lokasi memerlukan.

6. SRC International: Pasukan pembelaan Najib selesai hujah enam hari

Selepas enam hari, pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak selesai mengemukakan hujah di Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara ke atas bekas Perdana Menteri berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

7. COVID-19: 1,767 kes baharu, Sarawak rekod kes tertinggi

Malaysia mencatatkan 1,767 kes positif baharu COVID-19, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia pada Selasa.

8. Vaksin tambah keyakinan Farah Ann bertanding Piala Dunia Gimnastik Artistik

Ratu gimnastik artistik negara, Farah Ann Abdul Hadi menyifatkan penerimaan suntikan dos pertama vaksin COVID-19 pada Selasa menambahkan keyakinannya untuk bersaing dalam temasya sukan dunia.

9. "Kita menang Thomas Cup pun sebab tolak ansur" - Cerita Lee Chong Wei sentuh hati rakyat Malaysia

Legenda badminton tanah air, Datuk Lee Chong Wei menyentuh hati ramai apabila berkongsi kisah anaknya yang terasa hati apabila tidak ada rakan mahu makan bersama di sekolah.

10. Banjir kilat di beberapa kawasan di ibu negara

Kesesakan lalu lintas berlaku di sekitar ibu negara selepas beberapa lokasi dilanda banjir kilat akibat hujan lebat berterusan sejak 4.30 petang tadi.