awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
18/04/2021
15:48 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 April 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 April 2021.
1. Sekolah di tujuh daerah PKP di Kelantan ditutup
Semua sekolah di tujuh daerah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kelantan ditutup mulai hari ini hingga 24 April susulan peningkatan kes COVID-19 yang dilaporkan di sekolah negeri ini.
2. 'Sindiket judi online cuba hidup kembali'
Polis tidak menolak kemungkinan sindiket perjudian dalam talian (online) cuba menghidupkan kembali kegiatan haram mereka selepas sekian lama bersembunyi.
3. 73.9 peratus majikan gagal patuhi Akta 446 - Awang Hashim
Sebanyak 10,961 atau 73.9 peratus majikan dikesan gagal mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) dalam pemeriksaan yang dijalankan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dari 1 Feb hingga 15 April lepas.
4. Kadar jangkitan petugas kesihatan 10 kali ganda lebih rendah selepas program vaksin COVID-19
Jangkitan COVID-19 terhadap 40 petugas kesihatan yang telah menerima vaksin adalah 10 kali ganda lebih rendah berbanding jangkitan sebelum proses vaksinasi terhadap barisan hadapan itu.
5. Harga ayam naik: Dedak import mahal dikesan antara punca - KPDNHEP
Kenaikan harga makanan ternakan yang terdiri daripada soya dan jagung yang kebanyakannya diimport dari Argentina dan Brazil dikesan menjadi antara punca kenaikan harga ayam.
6. Kerjasama Muda-Warisan, tunggu pengumuman dalam waktu terdekat - Loretto Padua
"Lebih baik kita tunggu pengumuman (daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda),".
Demikian respon ringkas Setiausaha Agung Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Loretto Padua Jr ketika ditanya mengenai kerjasama antara Muda dan Warisan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)
7. Pukul pengawal peribadi berpuasa: PDRM dalam proses sita harta suspek
Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini dalam proses untuk menyita harta suspek utama kes memukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa, baru-baru ini.
8. Pengetua SMK Dato' Bentara Luar mohon maaf asingkan sukan ikut kaum
Sebuah sekolah di Batu Pahat yang mengasingkan kegiatan kokurikulum berdasarkan bangsa dan jantina pelajarnya, tampil memohon maaf atas insiden terbabit.
9. SOP haji lengkap akan diserah kepada MKN, KKM - Zulkifli
Hasil perbincangan berkenaan prosedur operasi standard (SOP) bersama pihak berwajib di Arab Saudi berkaitan ibadah haji dan umrah akan dibawa kepada perhatian Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
10. Najib perlu beri pandangan positif kepada kerajaan, bersama tarik pelabur - Shahidan Kassim
Semua pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta memberi pandangan positif kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) demi meningkatkan ekonomi negara.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#Najib Razak
#Shahidan Kassim
#COVID-19
#program vaksinasi
#barisan hadapan
#pengawal peribadi
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan