Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mei 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mei 2021.
Kisah Izzad ini adalah satu daripada ratusan kisah kejayaan anak muda malang yang bangkit mengubah takdir hidupnya.
2. Bazar Jalan Raja Alang, Taman Setiawangsa dibenar beroperasi semula - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik semula arahan penutupan bazar Ramadan di Jalan Raja Alang dan Taman Setiawangsa.
Kadar gaji minimum pekerja sedang dikaji semula bagi memastikan ia kekal relevan dengan keadaan sosio-ekonomi semasa.
Pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada pertengahan tahun adalah sesuatu yang janggal dan menimbulkan kegelisahan kepada ramai pemegang taruh, kata bekas Menteri Pendidikan Maszlee Malik.
Permohonan untuk mendapat vaksin AstraZeneca secara sukarela akan mula dibuka kepada masyarakat 12 tengah hari, Ahad, kata Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin.
Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kelapan di Dewan Sri Pinang, di George Town, hari ini.
Kes harian COVID-19 di India terus melonjak lebih 400,000 kes, yang tertinggi direkodkan sejak negara itu berdepan dengan gelombang kedua pandemik itu.
Pertambahan kes harian itu membawa angka keseluruhan kes positif di Malaysia kini 411,594 dengan jumlah kes aktif kebolehjangkitan sebanyak 29,631.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mahu pesalah yang menyebabkan kematian seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan, Selasa lepas dikenakan hukuman tegas dan setimpal.
Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, negeri-negeri tersebut adalah Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Kedah dan Sarawak.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

