MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 11 Mei 2021.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan harapan agar kerajaan dan semua pihak bertanggungjawab menangani masalah dan memelihara kelangsungan hidup rakyat.
Maips arah masjid baca Qunut Nazilah, doa keselamatan rakyat Palestin
2. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengarahkan semua masjid di negeri itu membaca Qunut Nazilah pada rakaat terakhir setiap solat fardu selama dua hari, bermula solat subuh hari ini.
Kesemua individu terbabit yang berumur 18 hingga 46 tahun ditahan dalam satu operasi khas yang dilakukan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kemaman di kawasan sempadan daerah Kemaman dan Cherating, Pahang.
Rata-rata warga emas yang berjaya melengkapkan suntikan dos kedua vaksin COVID-19 di negeri ini semalam, menasihatkan golongan itu agar tidak takut dan bimbang untuk menerima vaksin.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata kertas siasatan itu dihantar selepas pihak polis selesai melengkapkan siasatan kes berkenaan.
Anak syarikat milik penuh Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga), Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd (PLS) hari ini menyerahkan empat kelompok pertama vaksin Sinovac yang menjalani proses fill and finish di Malaysia.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatat angka tertinggi dengan 1,328 kes diikuti Sarawak (512) dan Kuala Lumpur (483).
Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sekitar jam 8 malam Selasa.
Mengambil iktibar lima pilihan raya di India, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, darurat juga membantu mengawal pergerakan rakyat dan membolehkan mereka duduk di rumah.
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara tentera regim Israel ke Semenanjung Gaza pada 10 Mei 2021 yang telah mengakibatkan kematian dan kecederaan terhadap rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami