MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Mei 2021.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengucapkan terima kasih kepada seluruh jururawat di Malaysia yang penuh dedikasi berkhidmat kepada masyarakat.
PKP 3.0: Aktiviti penggambaran, pawagam pandu masuk dibenar beroperasi - Finas
2. Penggambaran filem, drama, dokumentari, animasi dan produksi muzik dibenarkan bagi rakaman dalaman (studio) dengan jumlah kru yang minima tanpa penonton di bawah Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) akan mempergiatkan operasi pemantauan 24 jam di lembangan sungai utama bagi memastikan insiden pencemaran tidak menjejaskan Loji Rawatan Air (LRA).
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) pada 10 Mei 2021 dijangka tidak akan memberi impak yang signifikan kepada pertumbuhan ekonomi kerana hampir semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 ketika menghadiri sebuah program di Langkawi, 8 Mei lalu.
Tindakan seorang pemandu e-hailing cuba menyembunyikan penumpang di dalam bonet kereta bagi mengaburi mata pihak berkuasa untuk merentas negeri, gagal apabila berjaya dikesan pasukan polis.
Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan membunuh dan meliwat anak asuhan isterinya yang berusia sembilan bulan di sebuah pangsapuri di sini, tiga minggu lalu.
Sebanyak 4,765 kes baharu COVID-19 direkodkan di Malaysia hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 453,222 kes.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, data KWSP menunjukkan lebih RM57 bilion dikeluarkan oleh 6.4 juta ahli melalui kemudahan i-Sinar manakala RM20.8 bilion telah dikeluarkan oleh 5.3 juta ahli melalui i-Lestari.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyedari tindakan kerajaan untuk kembali melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), apatah lagi sewaktu musim perayaan Aidilfitri merupakan satu keputusan yang tidak disenangi sebahagian besar masyarakat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami