awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami pengasuh didakwa liwat, bunuh bayi sembilan bulan

Sinar Harian
Sinar Harian
12/05/2021
06:26 MYT
Suami pengasuh didakwa liwat, bunuh bayi sembilan bulan
Mohamed Badruldin dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas tuduhan liwat dan bunuh bayi lelaki berusia sembilan bulan, tiga minggu lalu. - Foto BERNAMA
PETALING JAYA: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan membunuh dan meliwat anak asuhan isterinya yang berusia sembilan bulan di sebuah pangsapuri di sini, tiga minggu lalu.
Mohamed Badruldin Mohamed, 36, yang memakai baju T, mengangguk faham selepas pertuduhan bunuh dibaca di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol, lapor Sinar Harian pada Rabu.
Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh bayi lelaki berusia sembilan bulan di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang di sini antara jam 8 pagi dan 3.30 petang, 27 April lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mahkamah tidak menawarkan ikat jamin kerana kes bunuh termasuk dalam kesalahan yang tidak boleh dijamin.
Sementara bagi pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa, tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dilakukan di lokasi, waktu dan tarikh sama.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.
BACA: Bayi sembilan bulan maut diliwat suami pengasuh
Mahkamah menetapkan 15 Jun depan untuk sebutan semula kes dan laporan kimia.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Alison Chan May Kam, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan, seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan diliwat dan dibunuh oleh suami pengasuhnya pada 27 April lalu.
Ketika kejadian, mangsa dikatakan berada dalam bilik tidur bersama suspek, manakala isteri suspek sedang menyapu di luar kediaman mereka.
Topic Berkaitan
#liwat bayi
#suami pengasuh
#dera bayi
#Kelana Jaya
#Mahkamah Majistret
#meliwat anak asuhan isteri
#suspek
#mati
#liwat
#bunuh
#luar tabii
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan