Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 18, 2021 16:08 MYT
Mei 18, 2021 16:08 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 Mei 2021.
Tular di media sosial kebelakangan ini mengenai gambar dan video pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh pelbagai pihak hingga mencetuskan kemarahan orang ramai lebih-lebih lagi ketika negara masih mencatatkan angka jangkitan COVID-19 yang tinggi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak meluluskan penggunaan vaksin AstraZeneca juga dikenali sebagai (Vaxzeyria) untuk digunakan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di negeri itu.
Polis Klang Selatan menjalankan siasatan terhadap satu rakaman video sambutan Aidilfitri secara beramai-ramai yang tular baru-baru ini.
Malaysia perlu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh sekiranya mahu menurunkan semula kes positif COVID-19 yang kian meningkat sejak beberapa bulan lepas.
Selain Datuk Seri Najib Tun Razak, anak lelakinya Datuk Mohd Nazifuddin juga menerima notis kebankrapan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana gagal melunaskan cukai pendapatan berjumlah RM37.6 juta seperti yang diputuskan Mahkamah Tinggi Julai tahun lepas.
Ketua peguam bela Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah percaya anak guamnya tidak perlu dipanggil membela diri selepas membentangkan hujah tentang Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang dikatakan terkhilaf dalam menentukan kes prima facie.
Sebanyak 4,865 kes baharu positif COVID-19 direkodkan pada 18 Mei menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 479,421 kes.
Mukim Pelagat di Besut, Terengganu serta Rumah Panjang Wun Ak Ering dan Sekolah Kebangsaan Bakerkong di Tanjung Manis, Mukah, Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 20 Mei hingga 2 Jun depan.
Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan akan berlaku lonjakan bilangan kes harian COVID-19 seperti yang telah berlaku di banyak negara lain.
Kerajaan negeri dibenarkan untuk membeli bekalan vaksin mereka sendiri dengan syarat mendapat kelulusan Bahagian Kawal Selia Farmasi Negara (NPRA).