awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Kes 1MDB: “Saya akan terus tuntut hak saya” - Najib Razak
Uzbekistan sedia lancar satelit, hantar angkasawan ke angkasa lepas - Presiden
Remaja lelaki dikhuatiri lemas di Machang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak luluskan penggunaan vaksin AstraZeneca

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
18/05/2021
03:38 MYT
Sarawak luluskan penggunaan vaksin AstraZeneca
Pusat pemberian vaksin (PPV) khas dan berasingan akan ditubuhkan untuk tujuan tersebut yang akan diumumkan dalam waktu terdeka.
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak meluluskan penggunaan vaksin AstraZeneca juga dikenali sebagai (Vaxzeyria) untuk digunakan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di negeri itu.
Menerusi kenyataan dikeluarkan Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 (CITF) pada Selasa, vaksin tersebut akan dibekalkan kepada Sarawak menerusi CITF Kebangsaan untuk mereka yang layak atau memohon secara sukarela.
“Pemberian vaksin ini adalah berdasarkan temu janji yang dibuat secara sukarela dengan kaedah ‘first-come, first-served’.
“Pusat pemberian vaksin (PPV) khas dan berasingan akan ditubuhkan untuk tujuan tersebut yang akan diumumkan dalam waktu terdekat,” jelas CITF.
Terdahulu Kumpulan Penasihat COVID-19 Sarawak (SCOVAG) memutuskan untuk menolak penggunaan vaksin AstraZeneca untuk PICK di negeri itu mengelakkan isu pembatalan pendaftaran program vaksinasi berlaku seperti di Semenanjung.
Kerajaan Sarawak tidak mahu PICK di negeri itu terganggu oleh ketakutan dan keraguan orang ramai terhadap penggunaan vaksin tersebut jika ia digunakan pada ketika itu.
Selain itu, susulan sambutan menggalakkan vaksin itu di Selangor dan Kuala Lumpur secara sukarela, tinjauan secara dalam talian pada 4 Mei 2021 menunjukkan penerimaan rakyat Sarawak tentang vaksin itu.
"Hasil tinjuan mendapati 68.4 peratus daripada 1,037 responden bersetuju untuk rakyat Sarawak diberi pilihan untuk mengambil vaksin AstraZeneca.
"Manakala 52.9 peratus daripada 1,040 responden bersedia dan mahu diberi vaksin AstraZeneca,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Sarawak AstraZeneca
#JPBN Sarawak
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#AstraZeneca
#vaksin COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan