Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Jun 3, 2021 15:47 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 3 Jun 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 3 Jun 2021.
1. 1MDB: Kerajaan terima kembali RM336 juta daripada Deloitte PLT
Kerajaan mengesahkan menerima bayaran sebanyak RM336 juta yang telah dideposit ke dalam Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset (Assets Recovery Trust Account) oleh Deloitte PLT.
2. STAR gantung ahli didakwa cabul peserta Unduk Ngadau
Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mengambil tindakan tegas menggantung jawatan ahlinya sebagai penyelaras satu kawasan Parlimen di Sabah berkuat kuasa Rabu selepas didakwa terlibat dalam salah laku termasuk mencabul.
3. Pemain Malaysia bebas gangguan psikologi bertemu UAE
Jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe, percaya anak buahnya akan turun menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) tanpa gangguan psikologi walaupun bumi negara teluk itu pernah menjadi saksi kepada detik hitam bola sepak negara.
4. MITI bukan penentu tunggal untuk kebenaran operasi syarikat atau sektor - Azmin
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bukan penentu tunggal dalam memutuskan sesuatu sektor perniagaan dianggap penting atau sebaliknya, tegas Menteri Kanan Datuk Seri Azmin Ali.
5. Ceroboh ruang udara: China pertahan tindakan 16 pesawat tenteranya
Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata pesawat terbabit tidak memasuki ruang udara Malaysia, sebaliknya ia merupakan rutin latihan.
6. Kakitangan pusat jagaan anak yatim didakwa 100 pertuduhan lakukan amang seksual
Seorang kakitangan pusat jagaan anak yatim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas 100 pertuduhan membabitkan 34 kes melakukan amang seksual.
7. Didakwa cabul peserta Unduk Ngadau, ahli parti STAR ditahan polis
Lelaki berusia 50-an itu ditahan selepas membuat sidang media berhubung dakwaan berkenaan di pejabatnya di Asia City, di sini, kira-kira jam 1 petang tadi.
8. COVID-19: Malaysia catat 8,209 jangkitan baharu, 103 kematian - Dr Noor Hisham
Jumlah kes baharu harian COVID-19 terus menunjukkan peningkatan dengan 8,209 jangkitan direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu berbanding semalam 7,703.
9. Rindu Awak Separuh Nyawa ungguli carta drama 2021, kejutan di minggu akhir
Drama rantaian fenomena Rindu Awak Separuh Nyawa mengungguli carta drama Malaysia bagi tahun 2021, apabila berada di kedudukan pertama berbanding drama saluran televisyen lain.
10. COVID-19: 3 kanak-kanak bawah 5 tahun maut, 27 lagi masih di ICU
Dr Noor Hisham berkata, kes kanak-kanak yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga menunjukkan peningkatan yang ketara.
#berita pilihan #berita dalam negara #Astro Awani #berita tempatan #COVID-19 #MITI #KKM #Dr Noor Hisham Abdullah