KUALA LUMPUR: China hari ini mempertahan tindakannya selepas 16 pesawat tenteranya didakwa menceroboh ruang udara Malaysia.
Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata pesawat terbabit tidak memasuki ruang udara Malaysia, sebaliknya ia merupakan rutin latihan.
Jelasnya, apa yang dilakukan China adalah mematuhi undang-undang antarabangsa.
"Berdasarkan maklumat diperolehi, ia adalah rutin latihan biasa yang dilakukan tentera udara China di perairan selatan atau Kepulauan Spratly, tidak menyasarkan mana-mana negara.
"Sewaktu latihan itu, tentera udara China patuh kepada peruntukan undang-undang antarabangsa dan tidak memasuki mana-mana ruang udara negara lain.
"China telah mengadakan perbincangan dengan pihak Malaysia," katanya.
BACA: Ceroboh ruang udara: Kementerian Luar akan hantar notis bantahan kepada China - Hishammuddin
Sebelum ini, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan Malaysia akan mengemukakan nota bantahan diplomatik kepada China berhubung 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) yang menceroboh ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM) dan menghampiri ruang udara nasional, pada Selasa.
Beliau menyifatkan tindakan 16 pesawat PLAAF itu sebagai 'pencerobohan ruang udara dan kedaulatan Malaysia'.
Sehubungan itu, beliau berkata, Kementerian Luar akan memanggil Duta Besar China ke Malaysia untuk mendapatkan penjelasan berhubung pencerobohan itu.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Jun 03 2021
Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata pesawat terbabit tidak memasuki ruang udara Malaysia, sebaliknya ia merupakan rutin latihan.- Foto TUDM
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Jordan beri amaran peningkatan ketegangan serantau, terus lindungi sempadan - Momani
Angkatan Tentera Jordan-Tentera Arab (JAF) akan menggunakan semua keupayaannya untuk melindungi negara dan memastikan keselamatan rakyatnya.
Ceroboh ruang udara: China pertahan tindakan 16 pesawat tenteranya
China hari ini mempertahan tindakannya selepas 16 pesawat tenteranya didakwa menceroboh ruang udara Malaysia.
Ceroboh ruang udara: Ketegasan kerajaan beri kelegaan kepada rakyat - Penganalisis
Tindakan pantas kerajaan memberikan kelegaan pada rakyat negara yang jelas agak bimbang dengan keadaan pencerobohan ruang negara atau zon maritim negara baru-baru ini.
TUDM sahkan 16 pesawat tentera China memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia
Pesawat-pesawat tersebut telah dikesan terbang secara formasi taktikal in-trail pada jarak 60 batu nautika di antara satu sama lain.